Tuesday, January 21, 2014

USAH TAKUT GAGAL

Kegagalan telah menghalang ramai individu sehingga mereka mengaku kalah sebelum mencuba. Mengapa itu berlaku? Ini adalah kerana mereka tidak mampu menerima terminologi di mana ada kemungkinan untuk gagal.

Sebahagian individu benar-benar tidak pernah berani mencuba kerana terhalang oleh rasa takut gagal telah menguasai pemikiran dan tindak tanduk mereka.

Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

Mahukah anda tergolong dalam golongan seperti ini? Pastinya tidak. Jadi, semaikan sifat-sifat positif dalam diri agar anda berani menerima kenyataan bahawa kegagalan adalah proses pembelajaran yang akan dilalui oleh semua individu. Tangani dengan positif dan bangkit daripada kegagalan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...