Thursday, January 23, 2014

SETIAP INDIVIDU UNIK, TERSENDIRI

Diri anda ialah diri anda dan tetap unik berbanding orang lain di sekeliling anda. Ada masanya anda selalu mengkritik diri sendiri dan menganggap anda tidak sebaik dan tidak sesempurna orang lain.

Anda selalu melihat orang lain itu sempurna dan ingin menjadi seperti mereka sedangkan ada kalanya tidak perlu kerana anda juga ada kehebatan anda sendiri yang tidak anda ketahui.

Ada masanya anda mahu berubah tetapi anda tidak tahu dan tiada panduan berubah ke arah lebih positif. Anda perlu mengenal diri sendiri untuk melawan musuh dalam diri anda. Jadilah diri anda sendiri, dan jika anda ingin berubah, ikutlah kesesuaian dan ia penting untuk diri anda, bukan nampak seperti memaksa atau terpaksa.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...