“Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah
solat Isya ‘dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang
terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya
(berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak “[HR Al-Bukhari dan
Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah
rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan
seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit
(sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah
saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan
solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat
Subuh adalah tidur.
“Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan
ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, ‘Nikmatilah
malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka
terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang
kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga,
sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan
terbawa-bawa perlahan dan malas ".
“Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan
dalam kegelapan (waktu Isya ‘dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang
sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu
Majah]
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat
nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum
lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya
ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai
mereka masuk syurga, Insya Allah.
“Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah
seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda.
Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh “.
“Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya,
lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui
keadaan mereka – ‘Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?’ Mereka
menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati
mereka dalam keadaan solat juga ‘. “[HR Al-Bukhari]
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di
rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang
mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid.
Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah
solat pada permulaan waktu.
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam
jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan,
penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh
orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia
akan membenamkan mukanya ke dalam neraka “[HR Muslim, At-Tarmidzi dan
Ibnu Majah]
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan
solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi
pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya
dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “Sesungguhnya saat
jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu
sudah dekat?” (Surah Hud: 81)
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh.
Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang
perlu mengikuti urusan dunia.
“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)