MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, October 12, 2012

Sipnosis buku : Makan Gaji Tetapi Kaya

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my
Pengarang : Shamsuddin Kadir
ISBN : 978-967-369-023-7
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Sipnosis 

Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka.

Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini.

Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:
- Bagaimana menjana pendapatan aktif
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah

Shamsuddin Kadir, perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Makan Gaji tetapi Kaya kali ini, dalam edisi kemas kini menampilkan beberapa tip Smart Kaya berserta input segar yang lain, bertepatan dengan cuaca ekonomi semasa di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia