MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, October 11, 2012

Sipnosis buku : Kapal Haji Dalam Kenangan

http://perpustakaanjbpm.blogspot.my
Penulis / Pengarang : Yahaya Awang
Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 
ISBN : 978-967-369-023-7

Sipnosis 
Kisah ini menceritakan kisah pelayaran ke Makkah dengan kapal laut. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri di samping beliau telah menemu bual beberapa orang yang pernah ke Makkah dengan kapal Ashun, Anking, Bunga Raya dan Kuala Lumpur. Jemaah haji yang belayar bersama penulis dengan kapal Kuala Lumpur awal tahun 1969 juga memberi insprasi kepada penulis. 

Di samping itu pengalaman arwah ayah penulis belayar ke Makkah dengan kapal yang menggunakan kuasa arang batu bersama datuknya kira-kira tahun 1900 dan pengalaman arwah ibu penulis yang dua kali belayar ke Tanah Suci juga memberi ilham kepada penulis untuk menulis buku ini. Kapal haji yang membawa kira-kira 1500 orang jemaah haji menjelma sebagai "kampung terapung" di Lautan Hindi. Masyarakat terapung yang datang dari seluruh pelusok Malaysia dengan dialet atau pelat bahasa yang berlainan tetapi niat dan hala tuju yang sama. Ada yang kaya, rama yang sederhana. Semua baik hati, peramah, periang dan suka menolong. Tidak ada apa yang hendak dibanggakan di tengah-tengah lautan yang bergelora.

Buku ini diharapkan dapat menjadi bacaan kepada generasi muda dalam memahami budaya hidup masyarakat Malaysia sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia