Tuesday, September 4, 2012

Tip dapat cukuran hebat




1. Bercukur di dalam bilik air
Sebenarnya, bercukur merupakan aktiviti terakhir yang perlu dilakukan sebelum anda mengambil keputusan meninggalkan bilik air. Ini kerana, pancuran air hangat yang membasahi tubuh secara tidak langsung membantu melembutkan rerambut seterusnya membuka pori-pori di wajah. Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang dengan kecederaan wajah lagi.

2. Sapu sedikit minyak
Apabila anda menyapu sedikit minyak di wajah, kerja-kerja mencukur menjadi lebih mudah dan berkesan. Ia secara tidak langsung membantu mata pisau meluncur dengan lancar di kawasan cukuran tanpa meninggalkan lebih rerambut degil. Sebaiknya, sapukan minyak berkenaan beberapa minit sebelum bercukur.

3. Gunakan skrub wajah
Melakukan urutan skrub lebut pada kulit wajah sebenarnya membantu membuka pori-pori, folikel utama iaitu lubang halus yang mengandungi umbi rambut. Pengelupasan sel-sel kulit mati dan kotoran yang tidak dikeluarkan mampu mengakibatkan masalah jerawat, pertumbuhan rerambut yang tidak diperlukan serta jangkitan kuman. Selain menghaluskan kulit, ia juga secara tidak langsung memberi lebih keserian pada wajah anda.

4. Mata pisau pencukur cukup tajam
Campakkan sahaja mata pisau yang telah digunakan selama empat dan lima kali cukuran ke dalam bakul sampah. Ini kerana ia tidak cukup tajam untuk digunakan selain mampu menyebabkan masalah-masalah lain yang tidak diingini. Cara terbaik adalah dengan melakukan pergerakan lembut berulang-ulang tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan pada pisau pencukur  dan mata pisaunya.

5. Elakkan masalah kerengsaan kulit
Sebenarnya, kerengsaan kulit yang melampau mampu merosakkann kulit selain menyebabkan masalah bengkak. Sekiranya anda berasa pedih, sakit atau kebas semasa atau selepas bercukur ini bermakna anda memiliki kulit wajah yang sensitif  dan perlu lebih berhati-hati. Sebaiknya jauhkan produk wajah yang dihasilkan dari alkohol atau ekstrak bahan seperti mentol, peppermint atau sitrus.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...