MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, September 5, 2012

5 Tip Hidup Sihat oleh Jackie Warner

1. Jangan terpengaruh dengan label makanan 'Bebas Lemak'
Walaupun terdapat makanan yang dijual mempunyai label 'bebas lemak', kita perlu berhati-hati jika mahu memakannya. Ini kerana kebanyakan produk makanan yang bebas lemak, sarat dengan kandungan gula yang tinggi.

2. Lakukan senaman percuma setiap hari
Kita tidak perlu mempunyai jurulatih perseorangan  untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kita boleh melakukan senaman secara persendirian.

3. Belajar melakukan senaman bagi membina perut
Kita tidak perlu bekerja keras untuk membina perut yang cantik seperti 6-pack. Tetapi latihan otot perut dapat membantu, untuk membentuk bahagian perut menjadi cantik dan menawan.

4. Tingkatkan usaha ketika bersenam
Seperti kata-kata Jackie Warner, "Ia bukan berapa lama kita bersenam, tetapi betapa kuat kita melakukan senaman itu." Ini bermakna kita perlu tingkatkan usaha ketika melakukan senaman.

5. Letakkan matlamat yang spesifik
"Saya hanya mahu turunkan berat badan." 
Matlamat seperti di atas tidak akan membantu kita untuk menurunkan berat badan yang diinginkan. Menurut Warner, setiap klien beliau yang berjaya, khususnya selebriti mempunyai matlamat yang spesifik.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia