Cuba perhatikan huruf pada papan kekunci (keyboard) di mana anda menaip segala patah perkataan. Dari kiri ke kanan di bahagian atas, mengapa ia bermula dengan huruf Q,W,E,R,T,Y dan seterusnya.
Pernahkah anda terfikir mengapa huruf-hurufnya bercelaru? Kenapa tidak disusun mengikut turutan abjad seperti A,B,C,D,E,F,G dan seterusnya? Anda tahu tak, ada sebab mengapa huruf-huruf pada keyboard itu disusun berselerak.
Papan kekunci pertama kali digunakan untuk mesin taip pada tahun 1868 yang dicipta oleh Christopher Latham Sholes. Ketika itu, papan kekunci yang dicipta Christopher menggunakan abjad ABCDE... dan bukannya QWERTY... seperti hari ini. Dengan susunan abjad yang betul, ia memudahkan para pengguna untuk mengetuk papan kekunci pada mesin taip. Waktu itu, huruf-huruf pada papan kekunci itu menggunakan tangkai yang apabila ditekan, ia akan mencetak huruf tersebut pada kertas yang dimasukkan ke dalam mesin taip tersebut. Oleh sebab minda para pengguna mesin taip memang sudah haal susunan abjad ABCDEFG.. maka kerja-kerja menaip jadi mudah dan cepat. Ia menjadikan orang menaip papan kekunci itu terlalu pantas hingga membuat tangkai-tangkai huruf pada mesin itu saling berhimpitan dan membuatnya selalu tersekat. Dan masalah ini yang selalu menyebabkan kerja menaip menjadi tergendala. Kerana itu, seorang ilmuwan bernama E. Remington mencari idea dengan memperkenalkan kombinasi huruf QWERTY... Formula huruf ini pada papan kekunci dianggap sukar dan akan mengurangkan kelajuan tangan pengguna untuk menaip. Ternyata formula Remington berjaya. Ia membuatkan pengguna agak lambat untuk menaip mengikut kombinasi baru itu, sekali gus mengurangkan kerosakan mesin taip ketika itu. Dan kombinasi itu terus kekal digunakan sehinggalah ke hari ini.
Klik pada gambar ini untuk pencarian buku yang terdapat di dalam Perpustakaan Ibu Pejabat JBPM
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai
Klik pada gambar ini untuk pencarian buku yang terdapat di dalam Perpustakaan Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu
Klik pada gambar ini untuk pencarian buku yang terdapat di dalam Perpustakaan Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sistem Tempahan Bilik Perpustakaan
Klik pada gambar ini untuk membuat tempahan bilik perpustakaan bagi kegunaan rasmi
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Powered by Blogger.
PAUTAN MEDIA SOSIAL
LIKE US ON FACEBOOK
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PENDAFTARAN
Portal U-Pustaka ini menyediakan akses perkhidmatan maklumat untuk ahli u-Pustaka menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Portal ini menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat. Pendaftaran keahlian Portal u-Pustaka adalah PERCUMA!