- Pada asasnya kad pengenalan yang digunakan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu dikeluarkan hanya untuk tujuan pengecaman dan pengagihan beras pada zaman darurat.
- Kad pengenalan mula dikeluarkan dalam bentuk kertas biasa. Ia diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency (Registration Area) Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis.
- BCG membawa maksud Bacillus Calmette Guerin. Vaksin atau pelali ini disuntik kepada semua bayi baru lahir.
- Nama pelali BCG (Bacillus Calmette Guerin) diambil sempena nama dua orang saintis yang berjaya menemui vaksin untuk TB iaitu Calmette dan Guerin.
- Lionel Messi berjaya menjaringkan 68 gol semusim pada tahun 2012, sekaligus menjadi pemain pertama berjaya memecahkan rekod jaringan Gerd Mueller yang bertahan selama 39 tahun.
- Pada usia 24 tahun, Messi menjadi penjaring terbanyak Barcelona dengan 248 gol, mengatasi rekod 60 tahun dipegang Caesar Rodriguez dengan 232 gol. Rekod ini dilakukan pada Mac 2012.
JUDUL BUKU TERKINI
Tuesday, September 18, 2012
Monday, September 17, 2012

- Cuci kaki dengan sabun dan air suam dua kali sehari dan keringkan betul-betul.
- Gunakan stoking yang diperbuat daripada bahan yang nyaman dan sirkulasi yang baik agar kaki tidak lembap. Hindari penggunaan stoking berbahan nilon.
- Pakai sandal yang terbuka bahagian depan ketika cuaca panas. Sewaktu di rumah, cubalah tidak memakai kasut.
- Periksa sekiranya terdapat infeksi kulat di antara jari dan bahagian bawah kaki. Sekiranya ada warna kemerahan atau kulit kering, gunakan produk perawatan untuk kaki atau jumpalah dengan doktor ataupu petugas kesihatan.
- Jangan menggunakan sepatu yang sama dua hari berturut-turut. Sebaiknya gunakan kasut yang berbeza dalam masa dua hari berturutan. Hal ini akan memberi waktu bagi sepatu untuk kering dalam waktu 24 jam.
- Ubat kumur (mouthwash) tidak hanya membuat nafas segar, tetapi juga dapat digunakan untuk menjaga kaki supaya tidak terlalu bau. Rendam kaki dalam air yang dicampurkan dengan ubat kumur sekali sehari. Ubat kumur membantu menghilangkan bakteria dari kaki, dengan cara yang sama ketika membunuh bakteria di mulut. Jika cara ini agak aneh bagi anda, pertimbangkan untuk menggosok kaki dengan kapas yang sudah direndam ubat kumur.
Sunday, September 16, 2012
Kami sebagai warga kerja Perpustakaan Anjung Ilmu, JBPM ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.... Kekalkan keamanan di negara kita ini... Ikuti sejarah penubuhan negara Malaysia....
Penubuhan Malaysia 16 September 1963
Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan
Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel
Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya
diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk
kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan
adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara
yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini
adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang
memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga
gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan
kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura,
Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo
di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald
Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan
dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya
penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan
dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan
Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk
seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah
ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa
ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan
perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan
di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember
1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah
diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu
Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya
Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak
dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.
Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa
perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan
dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu
dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang
dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang
kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga
mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi
memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini
dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya
ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo
Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini
dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold,
bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong
Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David
Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak
selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-hingga April 1962,
Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200
memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti
politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar,
anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin
agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil
dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan
Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini
jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan
oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan
itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya
berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum
yang diterimanya.
Pada 21 Jun 1962
laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju
menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya
tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga
menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah
Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh
beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul
Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk
(Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan
Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat
telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul
Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan
rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2
minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di
Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian
Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil
kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada
31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada
tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha
Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah
dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau
Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri
oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan
khas.
Pengisytiharan penubuhan
Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra
di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari
bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak
tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara
diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji
Ahmad bin Mohammad Said.
Rentetan Peristiwa
TARIKH
|
PERISTIWA
|
27 Mei 1961
|
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah
menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam
satu bentuk kerjasama politik
|
23 Julai 1961
|
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo
di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan
Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
|
Ogos 1961
|
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
|
18-20 Disember 1961
|
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
|
6-7 Januari 1962
|
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
|
17 Januari 1962
| Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha |
3-4 Februari 1962
|
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
|
21 Jun 1962
|
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
|
Julai 1962
|
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk
mengadakan rundingan.
|
9 Julai 1963
|
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel
di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia
telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
|
16 September 1963
|
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana
Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat
Malaysia
|
*Sumber daripada : JABATAN ARKIB NEGARA
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kepustakawanan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Budaya Membaca
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Pencapaian Negara
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Automotif
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pengurusan Harta & Pewarisan
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Penerbitan Digital
Sipnosis Buku
Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu
Sistem Tempahan Bilik Perpustakaan
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2026
(879)
- ▼ August 2026 (2)
- ► April 2026 (186)
- ► March 2026 (197)
- ► February 2026 (267)
- ► January 2026 (225)
-
►
2025
(2526)
- ► December 2025 (309)
- ► November 2025 (212)
- ► October 2025 (248)
- ► September 2025 (214)
- ► August 2025 (185)
- ► April 2025 (209)
- ► March 2025 (166)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PEMAKAIAN TANDA PANGKAT PAKAIAN PEGAWAI BOMBA Keterangan pakaian : Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh s...
-
Ayuh bersama-sama menyingkap pemikiran sufi agung Nusantara melalui khazanah manuskrip Melayu dalam Podcast Manuskrip Melayu bertajuk “Karya...
-
SEJARAH KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Pasukan kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia merupakan sebuah pertubuhan persatuan pasukan ber...