MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

PERATURAN DAN KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

☑ Berpakaian sopan dan kemas di dalam perpustakaan.
TIDAK DIBENARKAN merokok, makan dan minum serta tidur di dalam perpustakaan.
TIDAK DIBENARKAN membuat bising hingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
TIDAK DIBENARKAN membawa keluar bahan bacaan yang tidak direkod di dalam sistem pinjaman mendapat kebenaran daripada kakitangan perpustakaan.
☑ Kakitangan perpustakaan BERHAK menegur pengguna-pengguna perpustakaan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.



☑ Mereka yang layak membuat pinjaman adalah YANG TELAH BERDAFTAR sebagai ahli perpustakaan.
☑ Bilangan buku yang dibenarkan adalah sebanyak 30 buah dalam masa seminggu.
☑ Pengguna perlu memulangkan buku yang dipinjam dalam tempoh yang telah ditetapkan.
☑ Pembaharuan boleh dilakukan selama sekali sahaja dan tempoh masa yang diberi adalah seminggu.
☑ Selepas pembaharuan kali pertama, pengguna tidak dibenarkan membuat pembaharuan untuk kali kedua. Untuk tujuan pembaharuan, pengguna perlu membawa buku-buku tersebut ke Perpustakaan untuk dikemaskini tarikh pinjaman dan tarikh pemulangan buku yang baru.
Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam. Pengguna juga adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) 1993, P.U. (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


Siapa yang layak untuk menjadi ahli perpustakaan?
Semua anggota dan kakitangan yang bertugas di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seluruh Malaysia adalah layak menjadi ahli perpustakaan dengan mengisi e-borang keahlian Perpustakaan yang boleh didapati di dalam pautan WEBOPAC atau dapatkan borang pendaftaran di kaunter perpustakaan.

Bagaimana dengan orang awam / kementerian / jabatan / institusi lain?
Orang awam hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja. Untuk warga kementerian / institusi lain, mereka boleh menggunakan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) melalui perpustakaan di kementerian / institusi masing-masing.

Kriteria yang perlu dibawa untuk perkhidmatan pinjaman buku?
Pengguna DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya masih belum mempunyai kad tersebut, pengguna hendaklah memohon kad berkenaan di dalam Sistem MyApps Bomba.

Maksimum pinjaman buku dan tempoh pinjaman?
Buku / Tesis - 7 buah selama satu bulan
Jurnal / Majalah - 5 buah selama satu minggu
Buku Pinjaman Berkelompok - 30 buah selama satu minggu

Jika pengguna yang lewat menghantar buku pinjaman?
Surat peringatan akan dihantar kepada pengguna melalui emel. Sekiranya pihak perpustakaan tidak mendapat maklumbalas daripda pengguna setelah 3 kali surat peringatan dihantar, nama pengguna akan DISENARAIHITAM UNTUK PEMINJAMAN SELAMA ENAM BULAN.

Bolehkah pengguna memperbaharui tempoh pinjaman buku?
Boleh. Pengguna perlu membawa buku yang hendak diperbaharui ke kaunter perpustakaan untuk merekod semula tempoh pinjaman dan mengecap semula tarikh pulangan baharu. Atau pengguna boleh menghubungi pihak perpustakaan melalui telefon / emel untuk memperbaharui pinjaman. Setelah itu, pengguna perlu menulis semula tarikh pulangan buku pada slip pemulangan yang berada di bahagian akhir muka surat buku.

Jika buku pinjaman telah hilang / rosak?
Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam. Bagi buku hakmilik perpustakaan JBPM, pengguna perlu MENGGANTIKAN buku tersebut. Bagi buku pinjaman berkelompok, pengguna juga adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Akta Perpustakaan Negara 1972; Peraturan-Peraturan Perpustakaan Negara (Bayaran dan Denda) 1993, P.U. (A) 295, Jadual Kedua (Peraturan 3), perkara 2 iaitu dikenakan denda dua kali harga asal atau semasa sumber mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia