MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, January 24, 2018

Iklan untuk menyertai Pegawai Bomba Bantuan Negeri Pahang untuk tahun 2018

Image result for bomba bantuan

Assalamualaikum wbt..
JBPM menawarkan pekerjaan kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut : -

Jawatan : 
Pegawai Bomba Bantuan

Nama Balai : 
1. Balai Bomba Dan Penyelamat Ringlet, Cameron Highlands
2. Balai Bomba Dan Penyelamat Mentakab 
3. Balai Bomba Dan Penyelamat Temerloh
4. Balai Bomba Dan Penyelamat Triang
5. Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut
6. Balai Bomba Dan Penyelamat Pekan
7. Balai Bomba Dan Penyelamat Rompin
8. Balai Bomba Dan Penyelamat Chini, Pekan
9. Balai Bomba Dan Penyelamat Tekek, Tioman
10. Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Koyan, Lipis
11. Balai Bomba Dan penyelamat Kuala Tahan, Jerantut

Elaun : 
Elaun Kehadiran / Latihan

Syarat Lantikan : 
Calon-calon lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti 

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai penglihatan yang baik;
iv. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
v. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;


(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa

(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai)

Notis kebenaran daripada majikan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas)

Cara Memohon
Pemohon hendaklah menggunakan Borang PBB 3. (Borang juga boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas). Calon-calon juga boleh datang sendiri untuk menghadiri temuduga pada hari yang ditetap di bawah. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 

i) Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii) Salinan Kad Pengenalan;
iii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan

Alamat Permohonan dan tarikh tutup
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat seperti di atas

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2018

Tarikh Temuduga
Tarikh dan tempat temuduga akan dimaklumkan melalui telefon dan laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Makluman
Calon-calon yang ingin menghadiri temuduga ini, hendaklah membawa dua (2) persalinan pakaian :

i ) Baju sukan berkolar dan berkasut sukan
ii) Smart Casual berkasut

 Adakah anda berminat untuk menjadi salah sorang anggota bomba..? Jom isi kekosongan ini.. 

Continue Reading
No comments
Share:

Teruja sertai setiap misi - Keratan akhbar Metro Ahad 21 Januari 2018


Continue Reading
1 comment
Share:

Tuesday, January 23, 2018

Aktiviti perpustakaan sempena jualan majalah lama

Assalamualaikum wbt dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra.

Pada 18 Januari yang lalu, Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi telah mengadakan satu aktiviti perpustakaan iaitu 'Jualan Majalah Lama' sebanyak 23 judul majalah yang diterbitkan sekitar tahun 2014 sehingga Jun 2017.. 

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

Inilah gambar aktiviti yang sempat diambil oleh kakitangan perpustakaan.

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang telah memberi sokongan penuh kepada aktiviti kami ini.

Continue Reading
No comments
Share:

Kekentalan atasi tekanan - Keratan akhbar Utusan Malaysia 18 Januari 2018

http://perpustakaanjbpm.blogspot.com

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, January 17, 2018

Program "Be Firefighter"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

HEBAHAN PROGRAM 'BE FIRE FIGHTER' ANJURAN PEGAWAI KADET KDLSK SIRI 1/2017:-
TARIKH : 20 JANUARI 2018 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
TEMPAT : AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, WILAYAH TENGAH, KUALA KUBU BHARU.

ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN:-
# PROGRAM DERMA DARAH
# PAMERAN JENTERA & KERJAYA BOMBA
# PERTANDINGAN FIRE CHALLENGE
# PERTANDINGAN MEWARNA KELAB 3K
# DEMO HELIKOPTER BOMBA
# KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
# DEMO ALAT PEMADAM API
# DEMO OIL SPILL
# DEMO REPELLING
# GERAI JUALAN

TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI 

KENALI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ANDA 


Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, January 10, 2018

Sipnosis Buku : Technical Rescue Operations Volume II : Common Emergencies


Pengarang : Larry Collins
Penerbit : Fire Engineering | PennWell Publishing Company
ISBN : 1-59370020-2

Sipnosis
This book is contains "best practices" from fire /  rescue agencies from around the world, showing how technical rescues and disasters can be managed safer, faster and more effeciently. This book is benefit from the author's multiple "once in a career" rescues and years of responding to many daily technical rescue operations in the challenging, multi-hazard environment of Los Angeles Country. It has maximize the base of knowledge developed by leading international rescuers and fire / rescue agencies.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Technical Rescue Operations Volume I : Planning, Training & Command


Pengarang : Larry Collins
Penerbit : Fire Engineering | PennWell Publishing Company
ISBN : 978-1-59370-014-0


Sipnosis
This book is features to explains how to develop, manage and operate a modern resccue systems. It is includes case studies, sample SOGs (Standard Operating Guidelines), and sample preplans. This book also includes more than 100 photos and it is suitable for departments  of any size and budget.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, January 9, 2018

Sipnosis Buku : Incident Management Street-Smart For The Fire Officer



Pengarang : John F. "Skip" Coleman
Penerbit : Fire Engineering | PennWell Publishing Company
ISBN : 0-912212-60-8

Sipnosis
Many fire departments, large and small, paid and volunteer, use a "known" form of the IMS. Other departments use parts or combinations of "known" systems. This text is directed at any department, large or small, that does not use some form of incident management, or which knows deep down that the one it has may look good on paper but isn't practicable on the fireground.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Fire Officer's Handbook Of Tactics Third Edition

Sipnosis Buku : Fire Officer's Handbook Of Tactics Third Edition

Pengarang : John Norman 
Penerbit : Fire Engineering 
ISBN : 1-59370-061-X 

Sipnosis :
This edition is written in the post 9/11 era of the New York City Fire Department, a department that for nearly 140 years as a career organization has prided itself on being on aggressive interior firefighting organization. 

Modern firefighting is a continually evolving science. New technologies are constantly being applied to the fire service, both from within and without. Some, like new chemical compounds or new locking devices, can increase our operating problems. Other, such as laptop computers and hydraulic forcible entry tools, can help us keep pace with these changes. The strategies of modern firefighting, however, haven't changed. The basic -- protect life, confine the fire and extinguish -- are constants. 

This book isn't intended to be a training manual to guide firefighters through physical tasks such as operating power saws and pumpers. Excellent training programs are available from various sources, the contents of which couldn't possibly be condensed into even two or three volumes of this size. 

Instead, this book offers basic goals for handling specific types of emergencies and practical tips on how to archieve those goals. By neccessity, many of the topics covered here aren't new, nor are some of the solutions offered. There isn't anything new, after all, that can be added to a fire department's basic goal ; to protect life and property. To try to attribute each concept or guideline to a specific author or fire department is, if not impossible, certainly improper, since most department encountering a similar problem will work out a solution that fits within their guidelines of acceptable practice.

Continue Reading
1 comment
Share:

Tips pakai kasut tumit tinggi dengan cara yang betul

Image result for women shoes



Pilih ketinggian yang sesuai 
Amat penting untuk memilih kasut dengan ketinggian tumit yang sesuai. Ia membolehkan anda berjalan seperti biasa dan mengikut keselesaan. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tidak salah jika anda memilih tumit yang runcing dan tinggi. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai saja wedges.

Rehatkan kaki
Sekali sekali anda perlu rehatkan kaki anda dengan menanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda. Cara ini membolehkan kaki anda 'bernafas' dan mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.

Jangan pakai kasut tumit tinggi terlalu lama
Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada empat kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya dua hari di antaranya.

Cara berjalan
Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai kasut bertumit rata. Setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dulu dan kemudian jari kaki anda.

Beli jenama dan kualiti terbaik
Kasut daripada jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakitkan kaki berbanding kasut bertumit tinggi yang didapati di mana-mana kedai biasa. Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Kasut yang diperbuat daripada plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet dan membengkak. 

Continue Reading
1 comment
Share:

Barang yang dilarang masuk dalam pesawat

Image result for thing cannot bring to airplane

Biarpun sudah banyak kali menaiki kapal terbang, pasti ramai masih keliru dan tertanya-tanya apakah barangan yang dibawa atau dibeli boleh dibawa naik ke pesawat atau sebaliknya.

Justeru itu, bagi mengelakkan kerugian dan terpaksa meninggalkan barangan yang dibawa atau dibeli saat menaiki pesawat, mari kita semak senarai barangan yang dilarang dibawa bersama ketika menaiki pesawat.

Barangan tajam - Jangan menganggap gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda. Walaupun saiznya kecil, ia tetap tajam dan pasti boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang di dalam pesawat. Namun anda dibenarkan membawa barangan tajam ini jika melalui bagasi besar, dan bukannya melalui beg tangan yang anda bimbit kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata.

Barangan cecair - Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat adalah jenis minyak dan cecair pemetik api. Bagaimanapun cecair yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat. Cecair yang dikecualikan lebih daripada had yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi boleh dibawa naik pesawat.

Alat penyembur -  Jawapan ini mungkin membantu wanita mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar.

Peralatan sukan - Tidak kira anda seorang atlet atau sebaliknya, apa saja barangan peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang dibawa ke dalam pesawat. Walaupun peralatan sukan itu tumpul seperti kayu hoki atau raket tenis, anda tetap tidak dibenarkan untuk membawanya ke dalam pesawat kerana ianya boleh mendatangkan kecederaan kepada penumpang kerana saiznya besar. Ia juga boleh mengganggu orang ramai ketika menyimpan barang di atas ruang penyimpanan.

Buah-buahan - Keenakan buah-buahan tempatan memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, seenak manapun, ada antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat kerana dikhuatiri baunya boleh mengganggu ketenteraman penumpang. Buah seperti durian yang terkenal dengan baunya yang kuat dan tajam boleh menyebabkan penumpang yang tidak tahan berasa mual, muntah dan mungkin pengsan.  Selain durian, buah kuini dan cempedak juga antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan dibawa naik pesawat. Justeru, jika anda bercadang untuk menyediakan buah-buahan tempatan yang lain sebagai ole-ole pulang daripada bercuti, pastikan buah yang dbeli itu bukanlah buah yang dibeli itu bukanlah buah yang dilarang membawa baik pesawat.

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia