MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Tuesday, January 9, 2018

Tips pakai kasut tumit tinggi dengan cara yang betul

Image result for women shoes



Pilih ketinggian yang sesuai 
Amat penting untuk memilih kasut dengan ketinggian tumit yang sesuai. Ia membolehkan anda berjalan seperti biasa dan mengikut keselesaan. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tidak salah jika anda memilih tumit yang runcing dan tinggi. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai saja wedges.

Rehatkan kaki
Sekali sekali anda perlu rehatkan kaki anda dengan menanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda. Cara ini membolehkan kaki anda 'bernafas' dan mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.

Jangan pakai kasut tumit tinggi terlalu lama
Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada empat kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya dua hari di antaranya.

Cara berjalan
Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai kasut bertumit rata. Setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dulu dan kemudian jari kaki anda.

Beli jenama dan kualiti terbaik
Kasut daripada jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakitkan kaki berbanding kasut bertumit tinggi yang didapati di mana-mana kedai biasa. Jika anda mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan. Jangan sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Kasut yang diperbuat daripada plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet dan membengkak. 

1 comment:

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia