MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, January 16, 2017

Panduan menjaga lantai

Related image

JUBIN

  • Jika memasang jubin pada tempat laluan, pastikan ia tidak dipijak selepas empat hari dipasang untuk memastikan kedudukannya mantap. Lantai hanya boleh diguna lasak selepas dua minggu dipasang. 
  • Pastikan jubin dialas jika hendak meletakkan perabot atau benda berat di atasnya.
  • Jika ada kekotoran, berus sehingga hilang, cuci dengan air dan lap kering. Ulangi proses ini beberapa kali bagi kesan degil. Jangan sekali-kali membiarkan jubin basah kerana ia mengundang bahaya. 
  • Bersihkan sisa simen dengan pencuci asid sesuai. 
  • Karat dan dakwat boleh dibersihkan dengan asid sulfurik dan hidraulik.
  • Bersihkan kesan tumpahan kopi, teh, aiskrim dan lemak menggunakan pencuci beralkali (kebanyakan sabun adalah beralkali)
  • Minyak tanah boleh digunakan untuk hilangkan kesan getah, cat dan gris.
  • Lap jubin dengan pencuci biasa untuk penjagaan harian.

SERAMIK GRANIT
  • Untuk lantai yang baru dipasang, gunakan pencuci berasid lembut untuk membersihkan sebarang kotoran.
  • Untuk kotoran jenis minyak atau gris, gunakan air panas. Biarkan air yang bercampur dengan pencuci selama 5 hingga 15 minit sebelum dicuci.
  • Lemak atau kotoran lain yang boleh meninggalkan kesan perlu dibersihkan dengan segera dengan menggunakan air panas dan bilas dengan air biasa.
  • Lap kering. Sesekali gunakan pancutan air deras untuk hilangkan kesan degil. 

PARKET
  • Lantai jenis ini perlu divarnis dengan bahan pelarut berasaskan air atau polyurethane supaya kayu lebih keras dan tidak mudah mengumpul habuk. Untuk membersihkannya, lap dengan kain lembap.
  • Jika lantai bercalar, kikis dengan kertas pasir, bersihkan dengan air panas dan varnis semula.
  • Jangan seret perabot di atas lantai parket kerana ia akan mencalarkannya.
  • Antara cara untuk mengelakkan lantai bercalar, alas kaki perabot dengan kertas khas. 
  • Jangan sekali-kali membiarkan lantai parket basah atau bergenang air. Jika ada bahan yang tumpah, keringkan segera.

PAPAN SERPIH
  • Untuk penjagaan biasa, lap lantai dengan kain lembab tanpa bahan pencuci.
  • Untuk membersihkan kesan gris dan kopi, cuci dengan air bercampur sedikit cuka dan keringkan segera.
  • Letak alas kaki pada pintu masuk utama dan ambal pada ruang laluan bagi memastikan lantai tahan lama.

LAIN-LAIN
  • Tikar getah, pvc dan asbestos getah yang dilapisi pelindung berasaskan air boleh dibersihkan dengan mop basah atau kering setiap hari.
  • Lantai konkrit lebih mudah dijaga. Pastikan anda menyapunya untuk mengelak endapan habuk.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia