MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, September 1, 2016

Kuiz Kesihatan : Katakan TIDAK pada Stres


Tekanan wujud di mana-mana sama ada di rumah, di tempat kerja, dalam perjalanan dan mana-mana sahaja. Ia tidak boleh dielakkan. Namun apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan tekanan yang dihadapi. Adakah anda bersedia untuk menghadapi tekanan? Jom jawab soalan kuiz untuk mengetahui sejauh mana anda faham tentang pengurusan dalam menghadapi tekanan.




1) Tekanan adalah ...
A. bila sesuatu yang tidak diingini berlaku
B. reaksi negatif kita terhadap sesuatu
C. keadaan negatif yang berlaku dalam kehidupan kita
D. reaksi kita terhadap sesuatu keadaan

2) Pengurusan tekanan adalah ...
A. menguruskan keadaan yang negatif dalam hidup
B. bila sesuatu keadaan yang tidak diingini berlaku
C. menguruskan reaksi kita terhadap sesuatu keadaan
D. mempelajari teknik pernafasan

3) Semua jenis tekanan memberikan mudarat kepada anda.
A. betul
B. salah

4) Apakah kunci utama untuk menangani tekanan?
A. mengenal pasti dan memahami tanda-tanda tekanan
B. yoga
C. mengetahui teknik pernafasan yang betul
D. mempelajari teknik pengurusan tekanan

5) Pengurusan masa adalah salah satu cara meguruskan tekanan
A. betul
B. salah

6) Kenyataan manakah yang betul?
A. sokongan terhadap diri sendiri semasa dalam keadaan tertekan akan mengurangkan tekanan anda.
B. pengunaan ubat-ubatan atau alkohol boleh membuatkan keadaan tekanan semakin teruk.
C. pemakanan dan tidur yang baik dapat mengurangkan kecenderungan anda untuk mendapat tekanan.
D. semua di atas.

7) Kurang tidur; hilang selera makan dan sakit kepala merupakan tanda-tanda tekanan yang dihadapi sedang mempengaruhi ......... anda.
A. minda
B. tubuh
C. emosi
D. perlakuan

8) Menjerit, berlengah atau mengasingkan diri adalah tanda-tanda tekanan yang dihadapi sedang mempengaruhi ........ anda.
A. emosi
B. minda
C. perlakuan
D. tubuh

9) Tekanan adalah disebabkan oleh ....
A. orang lain
B. Situasi atau keadaan yang tidak diingini berlaku.
C. situasi atau keadaan yang negatif.
D. semua di atas.

10) Menyokong diri sendiri semasa dalam keadaan tertekan termasuklah ...
A. berpura-pura tiada apa yang berlaku.
B. mengelakkan diri daripada orang lain.
C. berbual dengan seseorang yang prihatin dengan anda.
D. makan makanan kegemaran anda untuk melegakan diri

11) Teknik menguruskan tekanan termasuklah semua di bawah kecuali ...
A. kawalan pernafasan
B. menonton televisyen
C. meregangkan otot
D. senaman

12) Cara paling efektif bagi teknik pengurusan tekanan adalah dengan mengetahui terlebih dahulu tekanan yang dihadapi.
A. betul
B. Salah




No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia