MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, July 28, 2015

Cara murah keliling dunia



Image result for holiday 

Perancangan bercuti di luar negara selalu berhenti di tengah jalan saja. Mana tidaknya, keinginan melawat destinasi yang sudah lama diimpikan punah begitu saja saat memikirkan kos perbelanjaan yang diperlukan.Tiket kapal terbang, hotel, pengangkutan semasa di destinasi dan banyak lagi yang menjadi isu utama yang sering membuatkan segala perancangan hanya tinggal kenangan.
 
Namun, siapa kata melancong selalunya mahal? Jika bijak diikuti dengan tindakan yang cepat dan pantas, impian anda bercuti ke destinasi idaman pasti menjadi kenyataan. Secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan kos percutian dari pelbagai segi termasuklah pengangkutan, bilik hotel, makanan dan sebagainya.

Percutian anda juga lebih tenang dan seronok tanpa berdepan dengan masalah kecil yang boleh merosakkan keseluruhan percutian anda. Jom periksa tip melancong minggu ini. Ia mungkin dapat membantu anda untuk memperoleh percutian yang lebih murah.



Musim cuti

Cuba elak bercuti pada musim cuti krismas, hari raya puasa, tahun baru atau cuti-cuti khusus di destinasi yang dituju.
Ini kerana jika melancong ketika itu, ada kemungkinan semua harga termasuk penerbangan, bilik hotel, makanan dan banyak lagi akan naik mendadak. Namun, bila terpaksa pergi juga, cari maklumat dan beli tiket menerusi Internet, setidak-tidaknya tiga hingga enam bulan sebelumnya dapat menyelamatkan kos percutian anda.

Tentukan pengangkutan
Segera tentukan pengangkutan yang akan digunakan untuk mencapai tempat tujuan. Bila menggunakan pesawat, rajin-rajinlah mencari maklumat di Internet untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Pilih syarikat penerbangan yang boleh memberikan harga paling murah, tetapi kualiti layanannya cukup bagus. Lakukan perkara ini sekurang-kurangnya sebulan sebelumnya.

Melalui Internet
Penempahan menerusi Internet biasanya lebih murah daripada agensi pelancongan. Namun penempahan menerusi agensi juga boleh lebih murah dibandingkan bila kita pergi secara langsung tanpa memesan tiket penerbangan dan hotel terlebih dulu. Teliti harga yang ada kerana ia boleh berlipat kali ganda lebih murah.

Tiket murah
Untuk mendapatkan tiket penerbangan murah, manfaatkan agensi pelancongan yang boleh memberikan layanan terbaik. Cari harga yang paling murah pada tarikh dan waktu penerbangan yang anda inginkan kemudian daftarkan nama anda tanpa membeli terlebih dahulu. Jadi, selagi belum bercuti, anda masih boleh memeriksa harga-harga yang ditawarkan. Bila ada yang lebih murah, jangan ragu-ragu untuk menelefon petugas agensi pelancongan yang menguruskan tiket anda dan memintanya untuk mendaftarkan nama anda.

Buat pesanan awal
Memesan tiket penerbangan dan hotel sebelum berangkat untuk bercuti sangat penting meskipun anda hanya bercuti di daerah kecil. Anda pastinya tidak mahu kedamaian percutian anda rosak bahkan batal hanya kerana apabila sampai di destinasi, semua hotel yang bagus penuh atau bilik yang tersedia sangat mahal, bukan? Justeru, membuat tempahan awal adalah sangat digalakkan untuk anda yang sedang merancang percutian yang hebat.

Rajin melayari Internet
Melalui Internet biasanya hotel-hotel terkenal memberikan harga jauh lebih murah berbanding menempah bilik terus di hotel. Kini banyak laman web yang menyediakan pelbagai promosi bilik yang boleh anda layari untuk mendapatkan harga bilik yang cukup murah selain melawati laman web hotel itu sendiri. Justeru, jangan lepaskan peluang yang ada. Tidak rugi menghabiskan masa melayari Internet mencari bilik penginapan jika boleh memperoleh bilik hotel dengan harga yang cukup murah.

Periksa kemudahan
Jangan pula terlalu gembira memperoleh harga bilik yang sangat murah dan terus bersetuju sebelum melihat segala kemudahan yang disediakan hotel itu. Ada baiknya anda mengetahui segala kemudahan hotel yang akan dipilih bila memesan menerusi Internet supaya anda tidak menyesal.

Manfaatkan teman
Memiliki teman atau saudara yang tinggal di kota destinasi terutama bila tujuan bercuti di luar negara boleh dimanfaatkan sebagai tempat menginap. Bukan itu saja, anda juga mungkin boleh menjimatkan kos belanja makan saat menginap dengan teman atau saudara dengan memasak. Selain itu, anda juga boleh menginap di rumah tetamu milik kedutaan di destinasi yang dituju.

Artikel dipetik dari penulis my Metro Suliati Asri pada 28 Oktober 2013

Continue Reading
No comments
Share:

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  • Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  • Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


Sumber Maklumat:http://www.panducermat.org.my/

Continue Reading
No comments
Share:

Tip Penjimatan Minyak Kereta


Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Tip di bawah ini jika diamalkan akan membawa perubahan terhadap penggunaan minyak petrol kenderaan anda:

Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

Kurangkan Berat/Bebanan Kereta
Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul
Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak ertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Lakukan Penyelengaraan Dan Servis Berkala
Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

Kurangkan Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan(dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

Bijak Dalam Penggunaan Gear
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod `ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual, membolehkan anda menjimatkan minyak.

Membrek Pada Jarak Yang Selamat  
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.

Rancang Perjalanan  
Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.

Panaskan Enjin Sebelum Memulakan Perjalanan Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah menaiki motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.

Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai   
Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.

Isi Petrol pada Waktu Yang Sesuai   
Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas. Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".

Barang yang Perlu Dibawa  
Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.

Kesimpulan  
Jika anda mendapati penggunaan minyak kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat bantuan penggunaan minyak, di pasaran eloklah anda mengamalkan tip-tip yang dinyatakan di atas dan lihat perubahannya.

Continue Reading
1 comment
Share:

Tuesday, July 14, 2015

Senarai semak sebelum meninggalkan kediaman anda


Continue Reading
No comments
Share:

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,

Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat Islam... Berhati-hati semasa pulang ke kampung halaman masing-masing dan pastikan keselamatan anda diawasi serta dipantau.. Pastikan rumah anda dikunci dan semua plug dicabut daripada soket bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku... 

Salam Aidilfitri...

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, July 6, 2015

SENARAI BUKU YANG DIWARTAKAN HARAM OLEH KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Senarai buku yang diwartakan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (1951-2008)

Senarai buku yang diwartakan haram oleh Kementerian Dalam Negeri 2012

Continue Reading
No comments
Share:

NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.


 
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
 
Kehebatan Al-Quran

1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.

7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 

8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
      Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia