Tuesday, April 7, 2015

Tips Mengurangkan Keletihan Bekerja

Image result for stress work

Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan
Kita harus positif terhadap kerja yang kita lakukan. Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan ini adalah ibadah yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah ikhlas dan menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.

Bersantai Sejenak
Gunakan waktu rehat antara waktu mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika mengajar. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau sepuluh minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elakkan menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

Nikmati humor dan ketawa
Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram disebabkan keletihan.

Bekerja secara sistematik
Siapkan skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Senaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Saya percaya kepada `time flexible' iaitu saya tidak terikat kepada masa dan cuba menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas mingguan pada minggu yang sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dan tertekan dalam membuat pekerjaan.

Perbanyak minum air mineral
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Perbanyakkan minum air masak yang dapat mencuci buah pinggang dan melancarkan perjalanan darah.

Lakukan aktiviti fizikal

Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan tubuh badan kita dan akan dapat mengurangkan keletihan.

Artikel dipetik daripada ruangan http://ruanganwanita.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...