MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, April 2, 2015

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

Didik peraturan layari internet. ADAKAH anak anda mangsa atau pembuli siber?

Petua untuk remaja dan kanak-kanak melayari internet.

LOL (Laughing out loud)
Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari. Tetapi gunalah dengan berhemah dan bijak.

TTYL (talk to you later)
Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang kami hantarkan. Setuju?

BTW (by the way)
Gunakan filtering software kerana perisian ini boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat jangan sesekali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet.

GTG (got to go)
Abaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanyakan kata laluan dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yang muncul secara tiba-tiba dan menerima e-mel lucah (SPAM) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma. Oleh itu anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan e-mel remeh (SPAM) serta memadamkan mesej tersebut.

Bertindak Dengan Bijak Jangan Tertipu

Terdapat pengguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiayai orang lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaannya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu jangan sesekali
•    Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.
•    Bertemu dengan orang yang  tidak dikenali semasa anda berbual di internet . hiraukan apa yang diperkatakan olehnya
•    Membuka e-mel dan lampiran daripada orang yang tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.
•    Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara tetiba  dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?

•    Memuat turun muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang-undang.
•    Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda atau yang biasa dikenali.
•    Gunakan mekanisme pembayaran dengan selamat.
•    Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
•    Fikir sebelum anda membuka e-mel. Adakah saya mengenali orang ini?
•    Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.
•    Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
•    Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP, orang dewasa atau polis.
•    Ingat anda tidak wajib membuka e-mel, jika ia penting dan anda memadamnya , orang tersebut akan menghubungi anda semula.


Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak dikenali. Apa yang patut saya lakukan?

•    Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan
•    Jangan berbual sesuatu yang membuatkan anda beras tidak selesa
•    Jangan menyamar menjadi orang lain
•    Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.

Saya hendak pastikan nombor telefon mudah ialah saya selamat. Apa yang patut saya lakukan?

•    Fikir dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
•    Minta kebenaran daripada rakan-rakan anda sebelum anda menghantar gambar mereka.
•    Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percaya.
•    Jangan jawab mesej teks daripada orang yang nada tidak kenali.
•    Abaikan mereka atau lebih baik lagi padamkan sahaja mesej tersebut.


Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

•    Jangan sesekali-kali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan tukarkannya dengan segera.
•    Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan, contohnya $jeF2Bb.
•    Bank atau laman web TIDAK sekali-kali menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui e-mel atau mesej yang lain.


Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet? Apa yang perlu saya lakukan?

•    Libatkan mereka, ajar mereka tekniknya
•    Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun e-mel dan bagaimana IM berfungsi
•    Lalukan carian mengenai hobi mereka, tunjukkan mereka cara menggunakan Google.

Sumber: ISC Dengan Kerjasama CyberSecurity Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia