MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Monday, March 16, 2015

5 Kesilapan Pilih Power Bank

Image result for power bankPengguna mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis Power Bank mudah alih yang terdapat di pasaran jika tidak biasa dan kurang pengetahuan berkenaan bateri. Secara amnya, Power Bank berbeza-beza antara satu sama lain walaupun kapasiti bateri adalah sama.

Pelbagai variasi Power Bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam pilihan. Perbezaan tersebut dapat dilihat daripada segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian, sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB.

Kemusykilan itu penting
Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk pengguna tersilap membeli adalah amat tinggi. Dengan tawaran yang dilihat seakan-akan tidak munasabah, pengguna sepatutlah lebih peka dan kemusykilan berkaitan tawaran patut ada. Setiap perniagaan mahukan keuntungan. Jangan anda pula menjadi mangsa.

Selain itu, pengetahuan pengguna mestilah lebih terutamanya jika ia melibatkan tawaran yang bernilai tinggi. Berikut ialah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa pemilihan dan pembelian Power Bank. Jadikan panduan supaya anda tidak turut sama terlibat di masa akan datang.

01. Pilihan berdasarkan kapasiti
Salah satu sebab utama pembelian Power Bank yang perlu dirujuk kembali adalah kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, pilihlah yang memudahkan urusan seharian. Lihat kepada kapasiti yang bersesuaian dengan penggunaan seharian anda. Usah beli Power Bank dengan kapasiti yang besar, serta berat semata-mata ingin kelihatan mewah.

02. Hiraukan kualiti sel bateri
Sel bateri ialah aspek utama yang perlu anda lihat selain perkara di atas. Sesetengah pengguna memilih Power Bank kerana jenama yang sedia ada di pasaran atau harga yang murah tetapi tidak menghiraukan berkenaan sel bateri yang digunakan. Kualiti sel bateri merupakan elemen utama yang akan menentukan jangka hayat Power Bank anda.

03. Kapasiti besar harga murah
Tawaran sebegini sering kali mengaburi mata pengguna. Sama ada di pasaran terbuka atau pun di pasaran dalam talian. Dengan tawaran kapasiti besar dengan harga murah yang seakan-akan mustahil, pengguna selalunya melihatnya sebagai peluang keemasan tanpa melihat spesifikasi lain. Oleh itu, selidik terlebih dahulu dan kalau boleh, soal penjual kenapa ia terlalu murah daripada kebiasaan.

04. Tiada ciri keselamatan
Pensijilan UL memastikan Power Bank tersebut memiliki standard kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti anda selamat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan khusus seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini banyak membantu memastikan pilihan anda berbaloi untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama.

05. Sambungan tiruan
Kadang kala, sesetengah Power Bank memiliki pelbagai jenis sambungan, dan tidak semuanya asli. Jika anda melihat ini sebagai aspek yang tidak penting, anda salah. Sambungan tiruan dan tidak berkualiti boleh mengakibatkan litar pintar. Apa yang sebetulnya, gunakan sambungan peranti original kerana ia lebih selamat dan stabil.

Artikel dipetik daripada karangkraf pada 12 Januari 2015

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia