MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, January 12, 2015

Produktif & Efektif Bekerja

 

Pernahkah anda merasakan masih ada banyak hal yang belum diselesaikan meski semua kerja anda telah pun selesai? Pernahkah anda berharap setiap hari mempunyai 30 jam, bukannya 24 jam? Jika anda menjawab ya, di bawah ini disenaraikan tip-tip agar anda lebih produktif dan efektif kala bekerja.

Hindari semua gangguan
Ralit dengan pesanan ringkas (SMS), BBM, WhatsApp, e-mel dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya? Ini mungkin antara salah satu daripada punca mengapa anda kurang produktif dalam bekerja. Kesemua ini merupakan gangguan umum yang sering dihadapi di tempat kerja. Justeru, tetaplah fokus pada tugas anda. Ketepikan telefon anda seketika dalam mod senyap. Log off dari laman sosial. Semua ini akan menjadikan anda lebih produktif dan efektif menyelesaikan kerja tepat pada masanya.

Teliti dan ingat
Teliti dan perhatikan apa yang sedang dilakukan. Hal ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kesalahan. Bukalah minda dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas anda. Jangan sampai memikirkan hal-hal lain yang tidak berkaitan.

Buat log aktiviti
Tulis berapa lama waktu yang diperlukan untuk mengerjakan semua aktiviti / tugas anda setiap hari selama satu minggu. Cara ini dapat membantu anda mengetahui apa sahaja hal yang mengambil masa anda terlalu lama. Setelah itu, kenali cara-cara yang biasa anda lakukan untuk membuatnya lebih efisien sehingga produktiviti anda bertambah.

Jangan lakukan kerja terlalu banyak
Kajian menunjukkan bahawa bertukar-tukar tugas lebih dari sepuluh kali dalam satu masa sehari berpotensi membuatkan anda tidak produktif dan efektif. Meski anda mahu multitasking, keupayaan anda melakukan kerja yang terlalu banyak dalam satu masa boleh menurunkan tumpuan. Jadi, hindarilah daripada berpindah dari satu tugas ke tugas lain terlalu banyak. Ia boleh melambatkan kerja. Beri tumpuan pada beberapa tugas sahaja dalam satu masa agar mudah diselesaikan dengan cepat. 
Bekerja pantas
Sebahagian besar orang cenderung membandingkan hasil yang diperoleh dengan hasil yang didapati dengan orang lain. Tidak kurang juga dengan orang yang terlalu suka bersaing. Jangan biarkan orang lain atau sesiapapun mempengaruhi kerja anda. Tetapkan tujuan anda sendiri dan fokus pada apa yang sedang dilakukan. 
Tarik nafas
Setiap kali anda berasa buntu atau fikiran mula menerawang jauh ke hal-hal lain yang tidak berkaitan, cubalah berhenti seketika dan berehat. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sehingga anda tenang dan kembali fokus dengan kerja anda.
Beristirehat secukupnya
Anda perlu sedar yang anda bukannya 'bionic women'. Tubuh anda memerlukan rehat mencukupi setelah melakukan pelbagai kerja sebelum kembali produktif untuk meneruskan kerja-kerja yang lain. Jangan lupa, ambil makanan yang sihat dan seimbang. Ia sebagai sumber tenaga dan glukosa untuk tubuh melakukan aktiviti-aktiviti seharian.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia