MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, January 21, 2015

Masam cuka banyak khasiat

CUKA digunakan manusia sejak berabad yang lalu. Ini disebut dalam hadis, daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya ALLAH, berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.
 

Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah) Khal iaitu istilah Arab bagi cuka.

Buah-buahan yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, tin (fig), epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Proses fermentasi atau penapaian membantu bakteria penapaian mengubah gula buahbuahan kepada etanol iaitu sejenis alkohol.


Apabila pemeraman diteruskan, bakteria asetik asid pula akan mengubah etanol kepada asid asetik.
Cuka yang digunakan orang zaman dahulu termasuk zaman Rasulullah SAW dan nabi terdahulu disediakan dengan memeram buah-buahan.

Sebaliknya cuka zaman moden yang biasa digunakan sebahagian besar suri rumah seluruh dunia hari ini adalah cuka buatan. Cuka buatan hanya terdiri daripada asid asetik dan air.

Walaupun cuka buatan berwarna jernih yang biasa dijual di kedai runcit dan pasar raya besar merupakan cuka gred makanan namun ia hanya mengandungi 5 peratus asid asetik yang dilarutkan dalam 95 peratus air. Tidak seperti cuka buahbuahan, cuka buatan kilang sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan kimia, organik, vitamin dan mineral.


Khasiat cuka
Berdasarkan kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (karya Ibnu Sina) dan kitab Al-Tib Al-Nabawi (karya Ibnu Qaiyyim), cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia:


Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.


Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.


Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.


Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.


Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.

Membantu kulit daripada kesan kepanasan cahaya matahari (penulis: cuka bantu awet muda).


Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.


Membantu metabolisme berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.

Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna. Jadi, ia dapat menguatkan tulang dan gigi.


Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora (bakteria) vagina).

Membantu menguatkan mata dan telinga.


Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) biasanya dipercayai akibat asid berlebihan dalam perut namun sesetengah pakar berpendapat gastritis dan asid refluks berpunca daripada kekurangan asid.


Membantu merawat masalah hempedu iaitu melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.


Mampu mencegah keracunan berpunca daripada pengambilan pelbagai jenis ubat.

Mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.


Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).

Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba tubuh.


Berikut adalah beberapa sifat terapeutik cuka, bagaimanapun manfaatnya tidak terbatas kepada sifat yang dibincangkan dalam artikel ini:


1. Bersifat antibakteria. Asid organik cuka buah-buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik, propionik, succinic dan tartarik.


2. Bersifat antioksidan yang berkuasa. Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh. Jadi, bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron.


3. Bersifat anti-hiperglisemik (menurunkan paras gula darah). Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh (hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas). Pengambilan cuka untuk mengawal
paras gula darah penghidap diabetes disebut penulis dalam buku berjudul Diabetes Jenis 2 terbitan Alaf 21.


Profil lipid
Bahan antioksidan cuka buah-buahan dipercayai berupaya mengurangkan risiko kanser. Cuka Kurosu iaitu cuka beras tradisional Jepun didapati dapat menghalang pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser termasuk kolon, paru-paru, pundi kencing dan prostat.

Kibizu iaitu cuka tradisional Jepun yang diperbuat daripada gula tebu (bukan gula putih terproses) didapati berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel leukemia. Mengambil cuka juga dikatakan mampu menghalang kanser esophagus.


Satu daripada mengawal berat badan dan menurunkan berat badan ialah mengambil cuka buah-buahan. Ia mempunyai sifat anti-obesiti dipercayai kerana ia membantu seseorang cepat berasa kenyang dan seterusnya kesan tersebut membantu  mengurangkan jumlah pengambilan makanan.


Cuka membantu kesihatan jantung dengan pelbagai cara. Bahan-bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan dipercayai menghalang kerosakan arteri. Keadaan tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.


Bahan antioksidan cuka buah-buahan membantu mencegah kerosakan membran sel daripada kerosakan oksidatif. Mekanisme ini dipercayai menyebabkan paras kolesterol rendah (LDL rendah, HDL tinggi dan jumlah kolesterol serta trigliserida dalam julat
selamat). Selain itu cuka juga mampu mengurangkan tekanan darah.


Bahan berasaskan asid amino yang terdapat dalam cuka buah-buahan tidak bertapis dikatakan mampu membantu merawat kecederaan akibat kebakaran.


Pengambilan bakteria asid asetik pula dikatakan membantu mengurangkan kerosakan otot berpunca daripada keradangan yang berlaku selepas melakukan senaman atau kerja berat.


Pengambilan cuka dipercayai meningkatkan keupayaan kognitif pada manusia. Kajian mendapati bakteria asid asetik membina prekursor kepada bahanbahan binaan asas tisu otak dikenali sebagai sphingolipids.


Cuka buah-buahan dipercayai mampu membantu tubuh menyerap nutrien secara lebih cekap. Dalam hadis yang direkodkan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka.” (Riwayat Muslim)

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, January 12, 2015

Produktif & Efektif Bekerja

 

Pernahkah anda merasakan masih ada banyak hal yang belum diselesaikan meski semua kerja anda telah pun selesai? Pernahkah anda berharap setiap hari mempunyai 30 jam, bukannya 24 jam? Jika anda menjawab ya, di bawah ini disenaraikan tip-tip agar anda lebih produktif dan efektif kala bekerja.

Hindari semua gangguan
Ralit dengan pesanan ringkas (SMS), BBM, WhatsApp, e-mel dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya? Ini mungkin antara salah satu daripada punca mengapa anda kurang produktif dalam bekerja. Kesemua ini merupakan gangguan umum yang sering dihadapi di tempat kerja. Justeru, tetaplah fokus pada tugas anda. Ketepikan telefon anda seketika dalam mod senyap. Log off dari laman sosial. Semua ini akan menjadikan anda lebih produktif dan efektif menyelesaikan kerja tepat pada masanya.

Teliti dan ingat
Teliti dan perhatikan apa yang sedang dilakukan. Hal ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kesalahan. Bukalah minda dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas anda. Jangan sampai memikirkan hal-hal lain yang tidak berkaitan.

Buat log aktiviti
Tulis berapa lama waktu yang diperlukan untuk mengerjakan semua aktiviti / tugas anda setiap hari selama satu minggu. Cara ini dapat membantu anda mengetahui apa sahaja hal yang mengambil masa anda terlalu lama. Setelah itu, kenali cara-cara yang biasa anda lakukan untuk membuatnya lebih efisien sehingga produktiviti anda bertambah.

Jangan lakukan kerja terlalu banyak
Kajian menunjukkan bahawa bertukar-tukar tugas lebih dari sepuluh kali dalam satu masa sehari berpotensi membuatkan anda tidak produktif dan efektif. Meski anda mahu multitasking, keupayaan anda melakukan kerja yang terlalu banyak dalam satu masa boleh menurunkan tumpuan. Jadi, hindarilah daripada berpindah dari satu tugas ke tugas lain terlalu banyak. Ia boleh melambatkan kerja. Beri tumpuan pada beberapa tugas sahaja dalam satu masa agar mudah diselesaikan dengan cepat. 
Bekerja pantas
Sebahagian besar orang cenderung membandingkan hasil yang diperoleh dengan hasil yang didapati dengan orang lain. Tidak kurang juga dengan orang yang terlalu suka bersaing. Jangan biarkan orang lain atau sesiapapun mempengaruhi kerja anda. Tetapkan tujuan anda sendiri dan fokus pada apa yang sedang dilakukan. 
Tarik nafas
Setiap kali anda berasa buntu atau fikiran mula menerawang jauh ke hal-hal lain yang tidak berkaitan, cubalah berhenti seketika dan berehat. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sehingga anda tenang dan kembali fokus dengan kerja anda.
Beristirehat secukupnya
Anda perlu sedar yang anda bukannya 'bionic women'. Tubuh anda memerlukan rehat mencukupi setelah melakukan pelbagai kerja sebelum kembali produktif untuk meneruskan kerja-kerja yang lain. Jangan lupa, ambil makanan yang sihat dan seimbang. Ia sebagai sumber tenaga dan glukosa untuk tubuh melakukan aktiviti-aktiviti seharian.



Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, January 7, 2015

Kenali Jenis Malware

 
Virus dan Worm (cecacing)
Ancaman malware ini boleh mengakibatkan jangkitan. Gelaran ini diistilahkan daripada tingkah laku atau sifat-sifatnya yang akan terus tersebar tanpa pengetahuan pengguna.  

Virus boleh menjangkiti perisian yang sah dan apabila perisian ini digunakan oleh pemilik komputer, ia akan terus merebak untuk menjangkiti komputer lain. Jadi untuk mengelak sistem diganggu, virus perlu dicecah dan dihalang sebelum ia mula merebak.

Sementara worm (cecacing) akan merebak tanpa apa-apa tindakan daripada pengguna. Virus dan worm ini akan membawa 'payload' atau 'muatan', gelaran bagi kod berniat jahat yang direka untuk melakukan kerosakan pada peranti pengguna.

Spyware dan Keylogger
Fungsi utama spyware ialah untuk mengintip aktiviti pengguna, mengumpul maklumat, dan mengembalikan maklumat itu kepada pencintanya atau pada penggodam (hacker). Ia memiliki mekanisme jangkitan dan lebih cenderung kepada ancaman kewangan. Spyware akan dipasang secara sendiri dan menyusup masuk secara senyap untuk menyelak dikesan.

Keylogger pula merekodkan data penting seperti nama pengguna, kata laluan, no kad kredit dan alamat e-mel. Malware ini digunakan dalam serangan berniat jahat seperti phishing, kejuruteraan sosial, dan kecurian identiti. Ia juga direka untuk mencuri wang daripadapengguna komputer, peniagaan, dan bank tanpa disedari.

Rootkit dan Trojan
Merebak sebagai ancaman yang sentiasa berselindung, trojan dan rootkit bergerak secara berkumpulan bagi mengelakkan serangan ke atas komputer dikesan. Trojan akan berpura-pura seperti sebuah perisian yang tidak berbahaya. Namun, sebaik sahaja pengguna memuat turunnya, trojan akan terus menjangkiti sistem mereka.

Sementara itu, rootkit bertindak dengan cara yang berbeza. Rootkit ialah teknik pelindung (masking) bagi malware, namun tidak mengandungi perisian yang merosakkan. Teknik rootkit ini dicipta oleh penggodam untuk menyembunyikan malware supaya ia tidak dapat dikesan oleh antivirus dan program penyingkiran yang lain.

Adware (advertising-supported software)
Adware adalah malware berbentuk iklan atau perisian dengan sokongan iklan. Malware jenis ini akan memaparkan iklan setiap kali komputer dibuka secara automatik. Iklan ini bertujuan untuk menjana pendapatan atau untuk trafik blog/web. Walau apa pun tiada ancaman bahaya pada komputer.

Backdoor (Pintu Belakang)
Backdoor merujuk kepada mekanisme yang dapat digunakan untuk memintas dan mengakses sistem, aplikasi, dan rangkaian. Backdoors biasanya akan dipasang sebelum malware lain, untuk memudahkan dan membenarkan masuk dan meyerang.

Continue Reading
No comments
Share:

Saturday, January 3, 2015

Salam Mulidur Rasul


Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Marilah kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW agar kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat nanti...




Hadith Sahih.           Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271 ]

Hadith Sahih. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]

Hadith Sahih. Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]

Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.”  [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]

http://dikir-rebana-mas.weebly.com/uploads/6/9/3/2/6932302/2347133.jpg?505

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, January 2, 2015

Sekalung Tahniah

Assalamualaikum wbt...




Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia merakamkan Tahniah kepada YAS DATO' SOIMAN BIN JAHID di atas Perlantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berkuatkuasa pada 2 Januari 2015.

*Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan tahniah kepada YAS Dato' Soiman Bin Jahid.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015


Assalamualaikum 
Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua rakyat Malaysia... Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa pesawat AisAsia QZ8501 yang terhempas di lautan baru-baru ini, salam takziah juga kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri juga kami ucapkan... Semoga anda semua akan tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini... Kami juga ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir agar dapat meringankan lagi bebanan dan kesusahan mereka di sana....


Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia