MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, December 1, 2014

Mencegah Ekzema Lebih Awal

bayi_ekzema2
Menyapu pelembab pada kulit bayi yang baru lahir boleh mencegah ekzema dan malah juga alergi makanan di kemudian hari, ia mungkin menawarkan cara mudah untuk memerangi masalah global yang semakin meningkat, kata sebuah institut di Jepun.

Kajian berskala kecil yang dijalankan oleh penyelidik daripada Pusat Kebangsaan untuk Kesihatan dan Pembangunan Kanak-Kanak yang berpangkalan di Tokyo, menyarankan penggunaan losyen secara kerap pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran membantu mengekalkan keutuhan sistem imun bayi.

Penyelidik membahagikan 118 orang bayi kepada dua kumpulan yang sama, kumpulan pertama disapu dengan pelembab berasaskan gliserin untuk selama 32 minggu dan kumpulan yang satu lagi tidak disapu apa-apa.

Hasil kajian menunjukkan 19 orang bayi daripada kumpulan pertama mendapat dermatitis atopik – ekzema – berbanding 28 orang daripada kumpulan kedua. 

Kajian tersebut, yang menurut penyelidik merupakan kajian pertama seumpamanya di dunia, kemungkinan menunjukkan pelembapan mengurangkan risiko mendapat ekzema sebanyak 30%.

Dalam satu kenyataan, institut tersebut mengatakan bahawa bahan pelembut mencegah kulit daripada kering dan pecah, yang mendedahkan sel imun dan membenarkan peradang untuk masuk. Ini akan membuat badan mempertingkatkan pengeluaran antibodi untuk melawan peradang, yang menyebabkan pengeluaran berlebihan. Pengeluaran berlebihan inilah yang menghasilan simpton alergi. – AFP.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia