Pada 18hb Mac 2011 Bank Negara Malaysia(BNM)
telah mengeluarkan syarat baru yang lebih ketat berkuatkuasa
serta-merta bagi pemegang kad kredit. Timbalan Gabenor BNM, Nor
Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan baru itu,
syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan
had pendapatan minima RM24,000 setahun (sebelum ini RM18,000).
Di antara intipati syarat baru adalah seperti berikut: -
- Pendapatan minima untuk permohonan kad kredit baru ialah RM24,000 setahun.
- Mereka yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kebawah, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar sahaja.
- Mereka yang sedia ada memiliki lebih daripada dua pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad.
- Tempoh diberi sekurang-kurangnya 2 tahun kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan.
- Had maksimum kredit yang diberikan tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan bagi setiap pengeluar kad.
- Bagi mereka yang telah mempunyai baki hutang kad kredit yang melebihi had maksimum iaitu 2 kali ganda gaji bulanan, diberi tempoh penangguhan selama 2 tahun untuk memenuhi keperluan syarat baharu tersebut.
Nor Shamsiah berkata panduan garis panduan baru tersebut merupakan
usaha untuk menggalakan pemegang kad kredit mengamalkan amalan
pengurusan kewangan secara berhemat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...