MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, September 22, 2011

Peribahasa Bulan September




1) Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
Maksud : Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam
kemelaratan.

2. Bagai bajak wangkang makan diangkat.
Maksud : Orang yang gemar dipuji.

3. Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk,  yang tinggal hanyir.
Maksud : Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah  pihak.

4. Telentang berbumbungkan langit,  meniarap berlantaikan tanah.
Maksud : Serba tak cukup (miskin).

5. Bagai berseru di padang pasir.
Maksud :  Seruan yang tidak diendahkan orang.

6. Bagai bertanak di kuali.
Maksud :  Terlalu murah hati hingga binasa kerananya.

7. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.
Maksud : Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit ; dalam keadaan yang serba salah.

8. Menanti laki pulang maling.
Maksud : Selalu dalam kekuatiran.

9. Kalau langit hendak menimpa  bumi, bolehkah ditahan dengan  telunjuk.
Maksud : Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.

10. Beriak tanda dalam, bergoncang  tanda tak penuh. 
Maksud : Bodoh dan sombong. 
 
       
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia