MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, April 28, 2011

Peribahasa Bulan April

1. Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari
Maksud : Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan

2. Naik basuh kaki sahaja.
Maksud : Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah

3. Naik melompat, turun terjun
Maksud : Hendak memperolehi kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

4. Air beriak tanda tidak dalam
Maksud : Banyak bercakap tanda tiada berilmu

5. Belum duduk berlunjur dulu
Maksud : Belum memperolehi sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati terlebih dahulu

6. Pukul anak sindir menantu
Maksud : Melakukan sesuatu dengan niat untuk menyindir orang lain

7. Menarik rambut di dalam tepung
Maksud : Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah

8. Tepuk dada tanya selera
Maksud : Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik  menurut keyakinan kita sendiri

9. Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali.
Maksud : Jika hendak membuat pekerjaan yang baik,janganlah berlebih-lebihan hingga tidak kena pada tempatnya, pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

10. Rambut sudah dua macam, lagi juga berbanyak ragam
Maksud : Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia