~Amalan 5S mula diperkenalkan di negara Jepun pada awal tahun 1980-an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
~Kejayaan pelaksanaan program 5S di negara itu telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini.
~Di Malaysia, amalan itu mula diperkenal pada pertengahan tahun 1980-an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta dan kerajaan.
~Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mempraktikkan amalan 5S.
APAKAH ITU 5S :-
Berasal daripada perkataan Jepun iaitu Seiri(Sisih), Seiton(Susun), Seiso(Sapu), Seiketsu(Seragam) dan Shitsuke(Sentiasa Amal).
DEFINISI 5S :-
1) Seiri (Sisih) - Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
Kesan Laksana Sisih
~Kuantitif (Penjimatan ruang, kawalan stok & produktif yang cekap, masa pencarian yang pantas)~Kualitatif (Tempat kerja lebih selamat, suasana kerja lebih selesa, mudah mengesan bahan/alat/bahan rosak lebih awal)
2) Seiton (Susun) - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
Kesan Laksana Susun
~Kuantitif (Kawalan stok & produk yang cekap, masa pencarian yang pantas, proses kerja lebih pantas, mengelak kesilapan & kesalahan, kadar kehilangan peralatan rendah)~Kualitatif (Suasana kerja lebih selesa, mendidik displin pekerja positif, pekerja terus menjana idea kreatif, moral pekerja tinggi, selamat ditempat kerja, mengamalkan FIFO)
3) Seiso (Sapu) - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
Kesan Laksana Sapu
~Kuantitif (Sistem kawalan stok & produk lebih murah dan menjimatkan, kos kerosakan peralatan rendah, proses kerja pantas dan tidak berulang "right the first time", kualiti produk bertambah, masa membersih lebih pantas)~Kualitatif (Suasana kerja lebih selesa dan ceria, pekerja terus menjana idea kreatif, moral pekerja tinggi, selamat di tempat kerja)
Bagaimana Sapu
Mungkin tempat/peralatan/kawasan itu perlu disapu/dibersih/dijaga (setiap jam, setiap hari, sekali seminggu, sekali sebulan, tiga bulan sekali, enam bulan sekali, setahun sekali.)
4) Seiketsu (Seragam) - Seragam dan memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa dan mengamalkan sistem sisih-susun-sapu dengan berkesan.
Kesan Laksana Seragam
~Kuantitatif (Kos selenggara rendah, kos overhead rendah, kecekapan proses meningkat, kuantiti pengeluaran meningkat, rungutan pelanggan rendah, produktiviti pekerja meningkat)
~Kualitatif (Mendidik displin pekerja positif, pekerja terus menjana idea kreatif, kemahiran pekerja meningkat, pekerja setia kepada organisasi, imej organisasi meningkat)
Bagaimana Seragam
Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan. Antaranya "Standard Operation Procedure" (SOP), "Work Instruction" (WI), "Guidebook", "Cartalir - Process Flow", "Gambar Atau Contoh Fizikal (dilihat), Sistem Visual yang jelas dan terang dan lain-lain.
5) Shitsuke (Sentiasa Amal) - Berdisplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
Kesan Laksana Sentiasa Amal
~Kuantitatif (Kos pengeluaran rendah, produktiviti pekerja meningkat, kualiti produk/perkhidmatan meningkat, memperolehi sijil 5S, kemalangan sifar di tempat kerja.~Kualitatif (Displin pekerja positif dan inovatif, kemahiran pekerja meningkat, kesihatan pekerja bertambah baik, pekerja setia kepada organisasi, budaya kerja berpasukan yang tinggi)
Bagaimana Sentiasa Amal
Mematuhi panduan dan standard yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.CONTOH GAMBAR-GAMBAR AMALAN 5S
1) Meja Kerja
SEBELUM |
SELEPAS |
2) Alatulis
SEBELUM |
SELEPAS |
3) Wayar peralatan elektrik
SEBELUM |
SELEPAS |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...