MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, November 23, 2011

Langkah-Langkah Sebelum Memiliki Kediaman Impian


Hitung dahulu kemampuan kewangan
Untuk  membeli sesebuah rumah, pastikan kemampuan kewangan anda samada layak atau tidak untuk membeli rumah tersebut. Fikirkan juga sama ada anda ingin membeli rumah baru atau rumah terpakai.


Pastikan juga apabila anda membeli rumah, keperluan lain tidak akan terabai. Jangan kerana inginkan rumah yang besar dan luas, anda dan pasangan terpaksa mengikat perut. Belilah rumah mengikut kemampuan anda bukan kerana terikut-ikut dengan rakan-rakan. Perlu diingatkan bahawa lebih baik membeli kediaman sederhana besar daripada membeli kediaman yang besar tetapi anda terpaksa membayar ansurannya dalam tempoh yang terlalu lama kerana ada bank yang menawarkan pembiayaan perumahan sehingga usia 70 tahun. Lebih elok jika beli kediaman yang boleh diselesaikan bayaran pinjaman bulanannya sebelum anda bersara. Hal ini adalah kerana apabila  pembiayaan perumahan telah selesai, anda dapat bersara dengan hati yang tenang.

Hitung kemampuan membeli rumah
Bank umumnya hanya akan membayar 90% dari harga rumah, dan bakinya iaitu 10% akan dilangsaikan oleh anda yang biasanya diambil melalui simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Setelah menentukan kemampuan kewangan dan kemampuan membeli rumah, barulah anda mencari rumah yang sesuai untuk anda. Ada beberapa pilihan untuk anda iaitu :-


a) Rumah baru
Harganya agak murah sedikit berbanding rumah terpakai (mengikut nilai harga rumah tersebut). Namun menunggu rumah untuk siap sepenuhnya memakan masa agak lama, sekurang-kurangnya dua tahun. Dalam tempoh tersebut anda perlu menyewa.

b) Rumah terpakai
Rumah ini sebenarnya mempunyai pilihan yang menarik. Selain lokasinya yang lebih dekat strategik kerana terletak di kawasan yang sudah lengkap segala-galanya, membeli rumah terpakai memberikan anda ' jiran segera ' apabila anda berpindah nanti.


Rumah terpakai lebih menguntungkan (dalam lingkungan 10 hingga 20 tahun) terutama dari segi lokasinya namun rumah baru sebenarnya merupakan pilihan yang terbaik. Di samping harganya lebih murah, keadaan bangunannya masih baik.


Faktor lain perlu diambil kira
Adakah anda merancang membeli rumah baru tahun ini? Sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman, lebih baik anda melakukan beberapa kajian dan pemerhatian untuk mendapatkan sebanyak mungkin info bagi membantu anda. Tidak rugi jika anda membuat kajian dan pemerhatian kerana yang untung pun anda juga. Berikut beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum bersetuju untuk membeli sesebuah kediaman :-


i) Pengangkutan
Pastikan kawasan perumahan anda mudah untuk 'dicapai' menggunakan kenderaan awam jika anda tidak memiliki kenderaan. Pilihan kenderaan awam seperti bas, teksi atau yang lebih praktikal seperti kemudahan LRT memberi kelebihan kepada anda namun biasanya lokasi sebegini lebih mahal harganya.


ii) Sekolah
Jika anda ada anak yang bersekolah, pastikan juga lokasi tempat tinggal baru anda berhampiran dengan sekolah bagi memudahkan anak-anak anda ke sekolah. Pastikan juga jarak ke sekolah tidak terlalu jauh daripada rumah anda bagi mengelakkan anak-anak anda terpaksa berulang alik dalam jarak yang jauh.


iii) Kedai runcit
Pastikan juga lokasi rumah baru anda memiliki kedai-kedai yang sudah beroperasi untuk memudahkan anda membeli barang-barang keperluan. Setidak-tidaknya satu pasar mini sudah memadai.


iv) Kawasan beriadah
Apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan perumahan yang serba lengkap, pastikan juga kawasan perumahan baru anda memiliki taman permainan kanak-kanak, padang tenis, padang bola dan taman untuk beriadah. Biasanya setiap kawasan perumahan baru diwajibkan untuk menyediakan semua keperluan tersebut.


v) Klinik dan hospital
Kemudahan klinik dan hospital amat penting kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan jatuh sakit dan sebagainya. Oleh itu, pastikan juga ketika hendak membeli rumah baru, kawasan perumahan itu berhampiran dengan klinik dan juga hospital.


vi) Dewan orang ramai
Dewan orang ramai juga amat penting untuk kegunaan penghuni di sesebuah taman perumahan. Namun bukan semua kawasan perumahan menyediakan kemudahan ini tetapi jika ada, ini lebih baik.


vii) Masjid
Kehidupan rohani yang sihat sangat penting. Oleh itu, masjid juga perlu diberi keutamaan apabila anda memilih untuk membeli rumah di kawasan perumahan baru.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 22, 2011

20 Tip Dan Trik Facebook - Aktifkan Laman Facebook Anda Dan Bukan Sekadar Mengemaskini Status


1) Tag nama rakan di pos status 
Home/Profile -> Update Status -> Taip Status yang ingin dikemaskini -> Letakkan tanda @ sebelum nama rakan anda ditaip -> Post

2) Memuat naik gambar atau video
Home/Profile -> Add Photo/Video -> Upload Photo/Video -> Taipkan Caption -> Cari fail gambar ataupun video anda untuk dimuat naik -> Post


Video YouTube
Buka laman YouTube -> Pilih Video ->Share -> Klik Ikon Facebook -> Login -> Share Link


3) Tag rakan di samping anda
Home/Profile -> Update Status -> Add People -> Taip nama dan lihat senarai -> Post


4) Tag rakan anda pada gambar album
Klik gambar yang dikehendaki ->Tag this photo -> Halakan kursor kepada orang yang hendak ditag -> Taip nama rakan -> Finished Tagging


5) Cipta group peribadi anda
Home -> GROUPS -> More -> Create group -> Taip group name -> Add members -> Pilih privacy anda -> Create


6) Maklumkan berkenaan Event anda
Home -> Create an event -> Isi maklumat yang diperlukan -> Create event


7) Hantar mesej secara peribadi
Home -> Messages -> New message -> To (Rakan Anda) + Mesej yang hendak dihantar -> Send


8) Membuat tinjauan rawak di kalangan Friends anda
Home/Profile -> Ask Question -> Add something + Add Poll Options -> Post


9) Remove Tag rakan anda
Klik pada gambar yang anda di tag -> Remove


10) Buat photo album baru
Buka Photo anda -> See all : Photos -> Create Album -> Try to basic uploader -> Isi maklumat -> Create Album -> Browse gambar -> Upload Photos


11) Cari rakan yang ada kaitan dengan anda 
Profile -> People you may know -> See all -> Add friend


12) Sunting Wall anda 
Profile -> View As -> Klik pada post yang tidak dikehendaki


13) Check In di mana sahaja anda berada
Home/Profile -> Update status -> Where Are You -> Taip lokasi anda dan lihat pada senarai -> Post


14) Tukar profile Picture Anda
Profile -> Change Picture -> Browse atau Taken Picture -> View My Profile


15) Sembunyikan status chat anda
Home/Profile -> Chat -> Setting (Simbol di sebelah Hide Sidebar) -> Available to Chat


16) Muat turun gambar dari Facebook
Klik pada gambar mana yang dikehendaki -> Klik kanan pada tetikus -> View Image -> Klik kanan tetikus -> Save Image As -> Save
*Nota : Pastikan anda klik untuk membuka gambar dan view image terlebih dahulu untuk mendapatkan imej resolusi sebenar.

17) Mempamerkan hubungan terkini anda
Profile -> Edit Profile -> Friends and family -> Relationship status -> With -> Anniversary -> Save -> View my profile

18) Membenarkan kemaskini status anda dilihat
Home/Profile -> Update status -> Friends -> Public / Friends / Custom -> Save Changes


19) Sembunyikan gambar peribadi anda daripada dilihat umum
Profile -> Photos -> See all : Photos -> Setting Picture -> Custom -> Make this visible to -> Specific people or lists (Masukkan nama ataupun senarai) -> Hide This From (Masukkan nama ataupun senarai) -> Save Changes


20) Tukar nama pada Wall anda kepada yang lebih glamour
Home/Profile -> Simbol setting di sebelah Home -> Account Setting -> Edi name -> First / Middle / Last -> Lihat pada Display As -> Save Changes

Continue Reading
No comments
Share:

TAHNIAH!!!

Salam 1Malaysia,

Kami ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada pasukan HARIMAU MUDA kerana berjaya memenangi pingat EMAS Sukan SEA dalam perlawanan bola sepak menentang pasukan Garuda Indonesia. Anda adalah WIRA negara! Terima kasih di atas keringat anda semua untuk mengharumkan nama negara kita di persada dunia. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH SEKALI LAGI untuk pasukan HARIMAU MUDA !! MALAYSIA BOLEH !!!

Continue Reading
1 comment
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia