MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, March 21, 2024

CERAMAH INTEGRITI DAN ETIKA KERJA CEMERLANG


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,
YBrs. Dr./Tuan/Puan,

UNDANGAN MENYERTAI CERAMAH INTEGRITI DAN ETIKA KERJA CEMERLANG

Dengan hormatnya, merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Ceramah Integriti Dan Etika Kerja Cemerlang secara maya pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Pautan Google Meet
(Kapasiti peserta berdasarkan first-come, first-served basis. Pautan akan dibuka 30 minit sebelum sesi bermula)
Penceramah : DCP Dato' Hj Ghazali bin Hj Daud, DIMP, JSM, BSK, PJPN, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling), Bukit Aman

3. YBrs. Dr./tuan/puan adalah diundang untuk menyertai kursus ini melalui pautan yang disediakan. Sebarang urusan lanjut berkaitan kursus ini, YBrs. Dr./tuan/puan boleh berhubung terus dengan Puan Sharifah Zamrud binti Syed Abdul Rahman melalui talian 03-26871967 atau Puan Suhaila binti Sulaiman melalui talian 03-26871962.

Segala perhatian, sokongan dan kerjasama YBrs. Dr./tuan/puan dalam menjayakan ceramah ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA"

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI)
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur.
No. Telefon: 03-2687 1955/1960/1965/1966

Unit Pengurusan Pusat Sumber,
Cawangan Pentadbiran,
Bahagian Pengurusan,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Tel : 03-88927600 samb. 7999

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia