MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, June 14, 2023

BERITA KEMATIAN PESARA BOMBA


اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Dukacita dimaklumkan bahawa Pesara Bomba, Abd Rashid bin Hassan (60 tahun) yang pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.30 tengah hari tadi, 14 Jun 2023 setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kelana Jaya, Selangor.

Jenazah Allahyarham kini berada di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor untuk proses bedah siasat dan pengurusan jenazah.

Solat Jenazah akan diadakan di Masjid Al-Ehsan Kelana Jaya, Selangor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga segala urusan pengkebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan rohnya ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman serta dicucuri rahmat.
آمــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Al-fatihah..

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya
Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba
Hal Ehwal Agama JBPM

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia