MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, January 6, 2021

Adab-adab ziarah orang sakit


Pilih waktu sesuai - Dalam Al-Quran, ada tiga waktu yang dilarang daripada menziarahi orang yang sedang sakit iaitu pada selepas waktu Subuh, waktu orang yang sedang berehat di waku petang dan selepas Isyak.

Jangan duduk terlalu lama - Kehadiran kita hanyalah untuk menziarahi orang sakit dan bertanya khabar. Cukuplah sekadar mendapat maklumat tentang penyakit yang dihidapinya. Janganlah pula kita melakukan soal siasat untuk mendapatkan semua maklumat.

Menundukkan pandangan - Usahlah melihat aurat pesakit lebih-lebih lagi jika individu berkenaan sakit pada anggota aurat mereka. Pada masa yang sama, tundukkanlah pandangan kepada ahli rumah atau orang yang duduk di dalam rumahnya. Seperkara lagi, jagalah pandangan, jangan melilau dengan memerhati keadaan rumahnya yang mungkin bersepah dan sebagainya.

Kurangkan bertanya - Usah sibuk bersembang atau bertanya banyak soalan. Biarkan pesakit bercerita setakat mana beliau mah bercerita perihal keadaan dirinya.

Tunjukkan sikap ambil berat - Berdoalah dengan ikhlas untuk kesejahteraan pesakit berkenaan.

*Sumber daripada : Akhbar Sinar Harian, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia