MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, September 25, 2020

Khasiat buah naga


Buah naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri. Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal daripada Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.


Namun, tahukah anda buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumin kepada kesihatan termasuk melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imumm badan?


Terdapat beberapa manfaat buah naga kepada kesihatan kita, antaranya :


1) Melambatkan proses penuaan - buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi, mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit menjadi anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

2) Mencegah kanser - kandungan karotena menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser prostat. 

3) Mencegah diabetes - kandungan serat yang tinggi dalam buah naga membuatkan perut menjadi kenyang lebih lama. Selain itu, ianya dapat membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

4) Meningkatkan sistem imun - tahap kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun badan dengan mencegah jangkitan penyakit dengan melindungi sel darah putih.

5) Kesihatan kardiovaskular - antioksidan yang boleh didapati pada buah naga dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Selain itu, biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.

6) Tulang sihat - kandungan magnesium yang terdapat dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.

7) Penghadaman dan pencernaan - buah naga ini dapat membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di usus yang baik untuk saluran pencernaan. Kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia