MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, June 24, 2020

Sipnosis Buku : Fire Service Hydraulics

Sipnosis Buku : Fire Service Hydraulics

Pengarang : Dick Sylvia
Penerbit : Fire Engineering
ISBN : 978-0-912212-05-0

Sipnosis :
According to Webster's Dictionary, hydraulics is that branch of science or engineering which treats of water or other fluids, in motion and the works and machinery of conducting or raising it. Fire Service Hydraulics fits this definition except that it deals only with water and its various applications, including foam, and certain specialized machinery and equipment that includes hose and nozzles.

Fire Service Hydraulics also includes the action of the men who manipulate this water and machinery. It is therefore a unique branch of hydraulics that has been tailored to a unique service and to the men who provide it - fire fighting and fire fighters.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme

Sipnosis Buku : Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme

Pengarang : Adelle Jameson Tilton, Zamaliah Mohd Marjan (Penterjemah)
Penerbit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
ISBN : 978-967-430-259-7

Sipnosis : 
Kira-kira1 dalam setiap 1000 kanak-kanak mengalami autisme, dan lebih kurang 70 hingga 75 peratus daripada kanak-kanak ini mengalami kecacatan mental.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap autisme, aktiviti harian seperti membeli belah atau memakaikan mereka pakaian boleh menjadi sesuatu yang amat mencabar. Kanak-kanak ini memerlukan perhatian yang khusus, tidak semestinya layanan istimewa, sebaliknya strategi yang teliti perlu digunakan untuk mengetahui cara berfikir bersama anak tersebut berbanding menentangnya.

Panduan Lengkap Ibu bapa Kanak-Kanak Dengan Autisme memberikan nasihat yang praktikal, kata-kata semangat yang menenangkan dan senario kehidupan sebenar untuk membantu ibu bapa yang terlibat mengharungi hari mereka. Jika anda adalah sebahagian daripada mereka, buku ini akan membantu anda :

  • Berkomunikasi secara berkesan dengan anak
  • Menyatukan ahli keluarga
  • Menangani amukan anak, sama ada semasa bersendirian atau di tempat awam
  • Mempelajari tentang alat bantuan, seperti komputer dan papan bergambar 
  • Memilih sekolah yang sesuai dengan keperluan anak anda, sama ada sekolah intergrasi atau sekolah pendidikan khas
  • Mencari kumpulan intervensi dan sokongan

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Kemurungan Mengancam Kehidupan

Sipnosis Buku : Kemurungan Mengancam Kehidupan

Pengarang : Affizal Ahmad
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 978-983-49-1362-5

Sipnosis :
Kes bunuh diri atau membunuh mangsa yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sering berlaku dan tersiar di dada akhbar. Sudah semestinya pelaku yang membuat onar, iaitu pesakit yang mengalami kemurungan major bertindak di luar batas kewarasan fikiran. Kemurungan ialah satu daripada penyakit psikiatri yang menjadi penyakit yang utama di dunia. Penyakit ini sering mengganggu fungsi manusia serta sosioekonomi sesebuah negara. Kemurungan dijangka menjadi penyebab nombor dua dari segi morbiditi di dunia pada tahun 2020.

Pelbagai emosi yang bercelaru di samping faktor persekitaran yang sering memandang serong akan pesakit yang mengalami kemurungan memburukkan lagi keadaan. Malahan, lebih parah lagi pesakit murung kerap berhasrat untuk membunuh diri, ada yang betul-betul melakukannya. Tiada faktor khusus yang menjadi penyebab kepada kecelaruan kemurungan. Masalah ini berlaku berpunca daripada gangguan faktor genetik, faktor fisiologi dan faktor persekitaran.

Rawatan psikiatri yang komprehensif dan terapi psikologi harus diberikan kepada pesakit untuk meningkatkan peluang pemulihan agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang normal dan berkualiti. Pembangunan jasmani dan rohani yang seimbang amat penting demi kesihatan dan kesejahteraan manusia secara holistik.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Ya, Dunia Kita Berbeza

Sipnosis Buku : Ya, Dunia Kita Berbeza

Pengarang : Razana Zakaria, Rahimah Zakaria, Zahiruddin Othman
Penerbit : Oasis Books Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5711-05-3

Sipnosis :
Buku ini ditulis dalam pencarian ilmu mendidik anak remaja. Tidak dapat dinafikan mendidik anak remaja merupakan satu cabaran terutama di dunia tanpa sempadan apabila anak-anak juga terdedah kepada pelbagai maklumat. 

Kita sebagai ibu bapa atau penjaga pastinya tidak mampu menyekat arus kemodenan ini tetapi kita mampu memantau anak remaja supaya mereka tahu batas-batas norma serta faham tentang perubahan sama ada dari sudut fizikal, emosi, kognitif, sosial dan kesihatan. Kefahaman ibu bapa tentang perubahan remaja juga penting dalam membantu anak-anak mereka mengharungi zaman yang penuh gelora ini serta mampu menangani apa jua permasalahan anak-anak dengan baik.

Buku ini juga sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak yang bakal meningkat remaja. Pelbagai persoalan tentang perubahan fizikal yang berlaku pada anak-anak dibincangkan secara saintifik tetapi mudah difahami.

Buku ini juga ditulis dalam format soal jawab untuk memudahkan pembaca menjawab pelbagai persoalan lazim berkaitan remaja dan diselitkan pelbagai fakta menarik untuk dikongsi bersama-sama para pembaca. Fakta yang terdapat dalam buku ini diharapkan dapat membantu mewujudkan remaja yang bijaksana.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Manual Pertolongan Cemas

Sipnosis Buku : Manual Pertolongan Cemas

Editor : St. John Ambulance, St Andrew's Ambulance Association, The British Red Cross Society
Penerbit : Golden Books Centre Sdn Bhd
ISBN : 983-72-0535-0

Sipnosis : 
MANUAL PERTOLONGAN CEMAS Panduan menyeluruh untuk merawat mangsa kecederaan dari kesemua peringkat umur dalam sebarang kecemasan. Edisi terbaru yang direka bentuk dan disusun semula dengan lengkap untuk memudahkan akses segera bagi maklumat penting pertolongan cemas. Teks dikemaskinikan sepenuhnya bagi garis panduan pemulihan pernafasan yang terkini. Ilustrasi keseluruhan berserta dengan fotograf yang khusus dan lakaran anatomi.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Responding To "Routine" Emergencies

Sipnosis Buku : Responding To "Routine" Emergencies

Pengarang : Frank C. Montagna
Penerbit : Fire Engineering Book & Video, Penwell Publishing Company
ISBN : 0-912212-81-0

Sipnosis : 
As firefighters, we repeatedly respond to certain types of incidents. The routine calls aren't the most exciting runs that we go on, nor are they the kind that we sit around and discuss at social gatherings and in bull sessions. Sometimes we don't even gice much thought as to how to handle them or to the threat that they pose. Much has been written about structural collapse, backdraft, confined spaces, and hazardous materials, but where is it that we spend most of our time? The main portion of a firefighter's professional life is spent putting out car fires, removing burning pots from stoves, and shutting down malfunctioning oil burners. 

A simple mattress fire is nothing compared with a multiple alarm in a paint factory that results in structural collapse and a river of burning paint flowing down the street, but which scenario will we experience more frequently? Most of us will never even see a burning paint factory, but mattress fire occur in every community, sometimes with deadly results. You've probably received training in building collapse and exposure protection, but have you trained recently on mattress fires? Preparing for the major event is essential, of course, but we must also take the time to analysis and train on those calls that we respond to over and over, day after day.

How much water should you use at a mattress fire? Should you leave the mattress in the building or remove it to the street? Should you take it down the stairs or throw it out the window? Have you ever even thought about what you do at matress fires and why you do it?

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Euro Firefighter

Sipnosis Buku : Euro Firefighter

Pengarang : Paul Grimwood 
Penerbit : Jeremy Mills Publishing Limited
ISBN : 978-1-906600-25-9

Sipnosis :
There was a fire in 2007 on a European fire-ground that represented a typical 'routine' approach faced by firefighters all over the world. The fire involved a small single-story abandoned warehouse but there were surrounding buildings that posed some moderate exposure risks from a developing fire. The intial response consisted of just five firefighters on a single engine, with limited back-up for the next twelve minutes on-scene. 

As this book wil show, a lot can happen in twelve minutes on the fire-ground. In this case two firefighters died. What went wrong at this 'routine' fire? Or was it just one of those fires where  the hazardous nature of the profession took its inevitable course?

Continue Reading
No comments
Share:

INTAN tambah baik kaedah latihan sejajar normal baharu - Keratan akhbar Berita Harian 23 Jun 2020


INTAN tambah baik kaedah latihan sejajar normal baharu - Keratan akhbar Berita Harian 23 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Lapor pihak berkuasa majikan tidak gilir kerja - Keratan akhbar Berita Harian 21 Jun 2020


Lapor pihak berkuasa majikan tidak gilir kerja - Keratan akhbar Berita Harian 21 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Goodday sekali lagi diiktiraf dalam 'Malaysia Book Of Records' - Keratan akhbar Sinar Harian 20 Jun 2020


Goodday sekali lagi diiktiraf dalam 'Malaysia Book Of Records' - Keratan akhbar Sinar Harian 20 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, June 15, 2020

Timun kaya manfaat kesihatan

Sumber gambar Google

Timun adalah sejenis sayur-sayuran paling banyak ditanam di seluruh dunia. Perlu diketahui, timun sering dijadikan sebagai ulam yang wajib ada bersama hidangan utama lain masyarakat di negara ini. Penyediaannya juga amat mudah apabila hanya perlu dibasuh dan dipotong sebelum boleh dimakan begitu sahaja. Rasanya lebih lengkap jika dimakan bersama sambal belacan. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai acar yang digaul dengan bawang, cuka, cili dan nanas. 

Apapun cara hidangannya, tahukah anda bahawa timun bukan sahaja memberi manfaat kepada kecantikan diri malah baik untuk kesihatan?

Menghidratkan tubuh badan - Setiap sistem pada tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar tubuh terdiri daripada air. Cecair penting ini adalah satu ramuan diperlukan tubuh badan setiap hari. Pengambilannya dapat membantu memastikan air dalam badan mencukupi.

Kaya dengan vitamin - Timun mengandungi pelbagai jenis vitamin antara vitamin A, B, C dan K yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan. Vitamin ini dapat membantu menggalakkan sistem imunisasi. Selain itu, vitamin K dapat menguatkan tulang bagi menghalang masalah osteoporosis yang biasa berlaku terutama dalam kalangan wanita. 

Baik untuk sistem penghadaman - Timun memiliki serat yang tinggi yang mampu membantu melancarkan sistem penghadaman, melegakan masalah sembelit dan melindungi kolon daripada kanser dengan menyingkirkan toksin yang berkumpul di dalam perut.

Kurangkan tekanan darah dan baik untuk jantung - Sayur ini memiliki sumber potasium yang baik, memiliki bahan antioksidan yang unik seperti beta karotin, vitamin C, vitamin A, Lutein, dan zeaxanthin. Zeaxanthin dan lutein adalah antioksidan hebat yang mampu melindungi mata daripada pelbagai masalah termasuk silau serta radikal bebas yang melemahkan otot mata.

Kesegaran kepada kulit - Mineral yang ada pada timun membantu memberi kesegaran, kesihatan dan nutrisi kepada kulit. Jadi, tidak hairanlah apabila anda melihat orang meletakkan timun di atas mata.

Kurangkan risiko kanser - Bahan seperti lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol sering dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai jenis kanser dan semua bahan terbabit terkandung dalam timun.

Atasi masalah mulut berbau - Menekan potongan timun di lelangit mulut selama 30 saat juga dapat membantu menyingkirkan masalah mulut berbau kerana bahan kimia di dalam sayur itu mampu membunuh bakteria penyebab mulut busuk.

Kurangkan masalah sakit kepala - Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala, boleh mencuba makan timun ini kerana ia mengandungi air, elektrolit, gula dan vitamin B yang mencukupi untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Membantu mengurangkan berat badan - Timun antara sayur-sayuran yang memiliki kandungan serat tinggi. Anda yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan boleh mencuba makan timun ini kerana ia melambatkan rasa lapar. 

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, June 11, 2020

Sipnosis Buku : Senangnya Matematik - Belajar Pecahan

Sipnosis Buku : Senangnya Matematik - Belajar Pecahan

Pengarang : Ji-Won Seo, Farahin Romli (Penterjemah)
Penerbit : PTS Pop Sdn Bhd
ISBN : 978-967-410-185-5

Sipnosis :
Manho mendapat markah 0 dalam ujian matematik! Atas sebab ini, semua pelajar sekolahnya tidak mahu membeli roti yang ibu dan bapa Manho jual di hadapan sekolah kerana takut mendapat markah 0 seperti Manho. Lebih teruk lagi, Manho dikurung di dalam rumah dan didenda menjawab 100 soalan matematik oleh ibu bapanya. Ini memang menyeksakan Manho.

Selepas beberapa ketika mengulang kaji bersendirian, ada sesuatu yang misteri berlaku. Telefon yang dijumpai Manho tiba-tiba berbunyi, dan yang menelefonnya adalah seseorang dari masa hadapan! Suara di telefon bimbit itu menceritakan kepada Manho kepentingan belajar pecahan. 

Berpandukan suara dari masa hadapan itu, Manho mula sedar betapa senangnya belajar matematik!

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Easy Learning Mandarin Chinese Dictionary

Sipnosis Buku : Easy Learning Mandarin Chinese Dictionary

Editor : Susie Beattie, Julie Kleeman, Luan Lin
Penerbit : Collins @ HarperCollins Publishers Limited
ISBN : 978-0-00-811951-5

Sipnosis : 
Easy Learning Mandarin Chinese Dictionary is part of the bestselling and acclaimed Easy Learning range, and is ideal for use in the classroom and at home.

Easy to use - Find all the words and phrase you need, with Chinese characters and their Pinyin transcription. 

Easy to read - Clear and practical Chinese in Action supplement, plus a guide to writing Chinese characters.

Free language resources - Practise your writing skills with free downloads at collins.co.uk/languagesupport  

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Bahasa Dan Kanak-Kanak Autisme

Sipnosis Buku : Bahasa Dan Kanak-Kanak Autisme

Pengarang : Puteri Roslina Abdul Wahid, Nurul Haniza Samsudin
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 978-983-69-1224-6

Sipnosis :
Buku Bahasa Dan Kanak-Kanak Autisme merupakan usaha penulis memaparkan sekelompok kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian khusus dalam membentuk generasi anak muda demi pembangunan negara bangsa yang utuh. Kandungannya merangkumi perbincangan tentang pemerolehan bahasa ekspresif didefinisikan sebagai output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan melalui bahasa lisan atau tulisan. Perbincangan dalam pemerolehan bahasa ekspresif melibatkan penggunaan sistem bunyi (fonologi), kebolehan memilih kata (morfologi), kebolehan menyusun ayat (sintaksis), pengetahuan tentang makna perkataan (semantik) dan kebolehan menggunakan bahasa untuk tujuan sosial (pragmatik).

Sementara itu, bahasa reseotif pula bermaksud input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Kefahaman dalam bahasa reseptif dikaitkan dengan perkataan dan gerak isyarat. Penguasaan bahasa reseptif turut melibatkan keupayaan mentafsir soalan, konsep dan bentuk tatabahasa yang kompleks. Selain itu, keupayaan menulis juga dikaitkan dengan keupayaan bahasa reseptif. 

Buku ini amat sesuai dijadikan panduan terutamanya kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak autisme, para guru, pengkaji bahasa dan pembaca umum yang ingin mengetahui tentang perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme. 

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Etika Penjawat Awam Dari Perspektif Islam

Sipnosis Buku : Etika Penjawat Awam Dari Perspektif Islam


Pengarang : Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN : 978-983-46-0311-3

Sipnosis :
Mengapa penjawat awam perlu memiliki buku ini?

Penegasan terhadap etika khasnya kepada penjawat awam adalah bertepatan dengan fokus Rancangan Malaysia ke-9 iaitu membangunkan modal insan kelas pertama yang mampu menjadi contoh kepada seluruh masyarakat.

Persoalan nilai dan etika dalam perkhidmatan telah dikupas dalam dua bab pertama buku ini. Selain itu, beberapa konsep dan nilai seperti Budaya Kerja Cemerlang, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Perancangan Strategik, Integriti, Kepuasan Kerja dan Penyelesaian Konflik dalam Organisasi juga disentuh. 

Buku ini bukan sekadar menghuraikan persoalan "mengapa" nilai dalam perkhidmatan, tetapi membuka kefahaman dengan melontarkan perbahasan prelimanari tentang apa sebenarnya nilai dan etika dari perspektif moden dan Islam. Huraian ini adalah asas kepada suatu kefahaman yang akan membentuk keperibadian dan prinsip kerja serta mampu mengubah pemikiran seseorang penjawat awam. Apatah lagi apabila melihat persoalan "apa" itu dari sudut keperluan pembangunan insan ke arah pengukuhan keimanan dan ketakwaan.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia

Sipnosis Buku : Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia


Pengarang : Noor Aziah Mohd Awal
Penerbit : International Law Book Services
ISBN : 978-967-89-1746-9

Sipnosis :
Apa itu undang-undang?

Terdapat berbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh ahli falsafah terkenal. Sebenarnya mendefinisi undang-undang adalah seperti suatu cerita mengenai beberapa orang buta yang cuba menggambarkan seekor gajah yang belum pernah ditemui atau didengar. Oleh yang demikian berbagai tafsiran boleh didapati dari setiap orang yang mempunyai pendirian dan kefahaman yang berlainan.

Maka, berdasarkan  yang tersebut, undang-undang bukan sesuatu yang mudah ditakrifkan. 

Buku ini memberi manfaat kepada semua pelajar undang-undang di seluruh Malaysia. Undang-undang yang ditulis dalam buku ini adalah sahih setakat 15hb Mei 2002. 

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, June 9, 2020

Sipnosis Buku : Takluk Hati Pasangan

Sipnosis Buku : Takluk Hati Pasangan


Pengarang : Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0389-8

Sipnosis : 
Setiap kita inginkan hidup yang bahagia. Kasih sayang adalah fitrah yang wujud dalam diri, kitalah pemegang kunci sama ada untuk menyuburkannya ataupum menguburkannya. Mengenali fitrah diri menjadikan kita insan sebenar, memahami fitrah diri diri memandu kita kepada kebahagian dan menghayati fitrah diri mengajar kita menjadi lebih matang dengan ujian Ilahi. 

Melayari hidup bersama adalah suatu perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza. Kita berkomunikasi dengan manusia, bukannya robot yang boleh dibaiki atau diganti apabila tidak menepati kehendak diri. Berhentilah bermimpi untuk memiliki pasangan yang sempurna dan memenuhi segala keinginan kita sedangkan kita sendiri tidak mampu menjadi sempurna dan memenuhi setiap impian pasangan.

TAKLUK HATI PASANGAN membawa kita begitu dekat dengan setiap masalah yang dikupas dan menyedarkan kita betapa rahsia penyelesaiannya ada pada diri. Apabila rahsia tersingkap, matlamat bahagia yang dicari dapat diraih. Jadilah pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. Kenali, fahami dan tawanlah hati pasangan dengan cinta kerana itulah resipi keserasian hubungan.

Antara kandungan menarik :-
  • Elaklah Jadi Derhaka
  • Bahagia Itu Milik Kita
  • Beramal Dan Berdoalah
  • Sayang, Hormatlah Sikit
  • Abang, Romantiklah Sikit
  • Pilihlah Jalan Kebahagiaan
  • Air Bah, Pantai Kan Berubah
  • Pengaruhi Minda, Takluki Hati
  • Hargai Fitrah Hubungan Indah
  • Bahagia @ Derita, Kunci Di Tangan Kita

Continue Reading
No comments
Share:

Panduan beli motosikal terpakai


Panduan beli motosikal terpakai

Continue Reading
No comments
Share:

Anggota bomba maut ketika latihan - Keratan akhbar Berita Harian 8 Jun 2020


Anggota bomba maut ketika latihan - Keratan akhbar Berita Harian 8 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Teknologi moden bantu lancar tugas pustakawan - Keratan akhbar Berita Harian 8 Jun 2020


Teknologi moden bantu lancar tugas pustakawan - Keratan akhbar Berita Harian 8 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Anggota bomba terbunuh ; mangsa maut terbabas sebelum terseret ketika konvoi - Keratan akhbar Harian Metro 8 Jun 2020


Anggota bomba terbunuh ; mangsa maut terbabas sebelum terseret ketika konvoi - Keratan akhbar Harian Metro 8 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Infografik - Bil elektrik ; Apa yang anda perlu tahu


Infografik - Bil elektrik ; Apa yang anda perlu tahu

Continue Reading
No comments
Share:

Stesen minyak lokasi sensitif - Keratan akhbar Sinar Ahad 7 Jun 2020


Stesen minyak lokasi sensitif - Keratan akhbar Sinar Ahad 7 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Reader's Digest iktiraf Malaysia - Keratan akhbar Sinar Ahad 7 Jun 2020


Reader's Digest iktiraf Malaysia - Keratan akhbar Sinar Ahad 7 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Bomba Terengganu perlu tambahan 11 jentera - Keratan akhbar Sinar Harian 2 Jun 2020


Bomba Terengganu perlu tambahan 11 jentera - Keratan akhbar Sinar Harian 2 Jun 2020

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, June 4, 2020

Sipnosis Buku : Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?

Sipnosis Buku : Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?

Pengarang : Ummu Ammar
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-082-9

Sipnosis :
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah ;

  • Apa itu aurat?
  • Kenapa wajib tutup aurat
  • Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki?
Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini.

Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lai, Insya-Allah.

Jom anak-anak, kita jadi solehdan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Dahsyatnya Doa Ibu

Sipnosis Buku : Dahsyatnya Doa Ibu


Pengarang : Syamsuddin Noor
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3603-93-0

Sipnosis :
Doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman. Justeru, setiap anak wajib mentaati, menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.

  • Menyingkap Dahsyatnya Doa Ibu
  • Bukti Dahsyatnya Doa Ibu
  • Manfaat Dan Kelebihan Doa Ibu
  • Berbakti Dan Berdoa Selepas Ibu Tiada
  • Akibat Buruk Menderhaka Kepada Ibu
Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.

Continue Reading
No comments
Share:

TIADA DENDA LEWAT PEMULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA SEHINGGA 17 SEPTEMBER 2020


JANGAN PANIK, ini berita baik!

TIADA DENDA lewat pemulangan dikenakan sehingga 17 September 2020 bagi buku pinjaman yang telah tamat tempoh. Boleh pulangkan buku melalui mesin pemulangan buku yang terletak di Aras G, Wisma Sejarah.

Berkaitan pembukaan semula perkhidmatan PNM pula, kami akan maklumkan dalam tempoh terdekat.

Continue Reading
No comments
Share:

5 Masalah prostat yang kerap diabaikan



Berbanding dengan wanita, lelaki mempunyai organ hubungan intim yang cukup kuat. Malah alat sulit mereka ini sangat kuat untuk menahan beberapa jenis penyakit. Tetapi perlu diingat, kebanyakan lelaki mempunyai keadaan kesihatan yang berbeza-beza dan sesetengah penyakit dikaitkan dengan prostat. Jadi untuk mengelakkan masalah ini, jangan abaikan jika mengalami masalah ini pada prostat anda.

Darah pada air kencing
Umumnya, air kencing mempunyai warna jernih yang kekuning-kuningan. Jika air kencing anda mengeluarkan warna merah seperti bercampur dengan darah, kemungkinan ada masalah pada prostat ayau ginjal. Kalau anda mengalami masalah seperti ini, segera lakukan pemeriksaan kesihatan, bimbang ia akan bertambah buruk.

Rasa perit
Keadaan ini boleh terjadi pada bahagian di luar atau dalam alat sulit. Jika berlaku di bahagian luar, kemungkinan ada jangkitan akibat bakteria atau gesekan dengan pakaian. Keadaan ini mudah untuk disembuhkan, walaupun ia meninggalkan kesan bekas luka pada alat sulit. Selain itu, rasa perit pada alat sulit juga boleh disebabkan oleh jangkitan saluran kencing.

Bengkok dan tidak normal
Salah satu masalah yang tidak boleh dibiarkan adalah apabila keadaan alat sulit yang membengkok. Jika alat sulitt anda bengkok dan disertai dengan rasa sakit ketika ereksi, ini bermakna anda mengalami gangguan kesihatan dan berisiko terkena Peyronie.

Timbul kutil
Kutil pada bahagian prostat atau sekitar skrotum boleh terjadi kerana ada jangkitan HPV. Walaupun ia tidak memberi kesan tetapi HPV boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser serviks pada pasangan.

Ada bisul
Bisul yang muncul pada prostat boleh terjadi bila lelaki malas untuk tukar seluar dalam dan malas membersihkan  alat sulit. Salah satu yang penyebab lain terjadinya tumbuh bisul kerana kanser testis. Jika anda ada bisul dan disertai dengan rasa sakit, segeralah membuat pemeriksaan kesihatan. 

*Sumber daripada Majalah Mingguan Wanita

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, June 2, 2020

Sipnosis Buku : Gilap Hati Agar Tak Gelap ; Maaf Cakap 3

Sipnosis Buku : Gilap Hati Agar Tak Gelap ; Maaf Cakap 3


Pengarang : Norden Mohamed
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd (Alaf 21)
ISBN : 978-967-86-0798-8

Sipnosis :
Buku Maaf Cakap 3 ini terus membicarakan pelbagai isu yang menjadi topik tumpuan dan trend perilaku masyarakat. Ia masih mengekalkan pendekatan menulis untuk menegur, bukannya mengajar. Kerana itu ada kalanya penulis menyampaikannya dalam bentuk anekdot. Ia tidaklah menyentap, tetapi boleh terasa pedih bila ia menghiris.

Buku Maaf Cakap 3 ini menyentuh topik-topik mengenai alam siber, bisnes, media, motivasi, pengurusan, politik, sosial dan juga sumber manusia. Topik-topik serius ini disampaikan secara santai agak ia mudah difama dan dihadam.

Di antara topik yang dikupas ialah :
  • Maafkanlah Walau Untuk Sekian Kali
  • Pintas Tidak Semestinya Pantas
  • Menjadi Otai Yang Berbisa
  • Beza Fikiran Tua Dan Minda Muda
  • Apabila Pemimpin Lembab Dan Lembik
  • Cerita Sedih Umat Akhir Zaman
  • Telefon Dan Kita : Siapa Lebih Pintar?
  • Dari Sekolah Menengah Mr. Google
  • Pabila Bulan Melingkari Kaabah
  • Badut-Badut Di Sekeliling Kita

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Mudahnya Blogspot

Sipnosis Buku : Mudahnya Blogspot


Pengarang : Abd Rahim Ismail
Penerbit : PTS Netmedia Sdn. Bhd
ISBN : 978-967-0185-08-8

Sipnosis :
Blog? Blogger ? Blogging? 

Dari mana datangnya blog ini? Siapa yang menciptanya? Apa fungsinya? Bagaimana menggunakannya?

'Buku Mudahnya Blogspot' ini ada jawapannya. Ketahui asal-usul dan fungsi blog. Pelajari langkah membina blog dengan mudah. Tambahkan aksesori menarik pada blog. Semuanya ada di dalam buku ini. Tidak perlu hadiri kursus dan mudah difahami. 

Selamat berkreatif. Semuanya di hujung jari anda. Klik!

Continue Reading
No comments
Share:

Infografik : Tips Gemar Membaca


Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia