MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, April 18, 2019

Sipnosis Buku : Abang Bomba Sayang Kamu!

Sipnosis Buku : Abang Bomba Sayang Kamu!

Pengarang : Zulkifli Che Noh & Zairoslina Ismail
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-792-8

Sipnosis
Menjadi seorang anggota bomba memang sangat mengujakan. Semangat yang berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas tidak terbendung. Setiap panggilan kecemasan umpama hadiah yang sangat bernilai. Apa tidaknya, umpama seorang adiwira yang dinanti-nantikan kemunculannya sebagai wira penyelamat.

Kehadirannya bisa meredakan hati yang gundah, memberikan ketenangan dan membenihkan harapan. Sebab itulah, pakaian celoreng bomba dicipta menggunakan warna yang terang supaya mudah dilihat oleh mangsa. Begitu juga penggunaan siren yang khusus, dapat memberi isyarat kepada mangsa bahawa mereka sedang diselamatkan.

Buku ini adalah berkenaan sisi berbeza tentang bomba dari apa yang pernah diketahui. Membaca buku ini seolah-olah anda sendiri sedang menjadi seorang anggota bomba. Merasai cabarannya, menjiwai debarannya, menghayati pengorbanannya dan merasai kehangatan cintanya. Buku ini adalah tentang cinta pasukan bomba kepada negaranya, kepada anda semua. Abang Bomba Sayang Kamu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia