MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, August 6, 2018

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu kenderaan

Image result for driver

Kegagalan untuk mematuhi masa 'Break-In'
Apabila memandu sebuah kereta baru, pandu dengan berhati-hati pada kadar 80km pertama. Pada perjalanan 1000km pertama, pastikan anda  mengubah dan variasi kelajuan kereta untuk memperbetulkan kedudukan piston kerana ia mengakibatkan penggunaan petrol tinggi bagi jangka hayat kereta anda. Anda diingatkan untuk menukar minyak enjin dan melakukan servis selepas perbatuan kereta mencecah 1000km untuk mengeluarkan semua sisa logam dan pasir ataupun kerikil yang terdapat dalam enjin kereta baru. Pada buku manual panduan kereta disertakan jadual servis berkala yang perlu dipatuhi bagi setiap perbatuan yang dilalui. Ia membolehkan mekanik memperbaiki bahagian kereta yang mengalami sebarang kerosakan. 

Menekan minyak dan membrek dengan tiba-tiba
Tabiat memandu seperti menekal pedal minyak dan kemudian menekan brek dengan tiba-tiba adalah tabiat tidak baik dalam pemanduan. Ini akan mengakibatkan kehausan pada sistem enjin, transmisi, suspensi dan brek. Ia boleh mengakibatkan pembaziran petrol. Dengan itu, anda dinasihatkan supaya memandu dengan kelajuan yang konsisten. Corak trafik juga perlu anda ketahui untuk membantu kelajuan yang boleh ditetapkan di jalan yang sering digunakan setiap hari.

Membrek dengan tidak betul 
Ketika kereta mula dicipta, pemandu sangsi brek kereta tidak boleh dipercayai. Sikap sangsi ini membuatkan pemandu lebih berhati-hati dengan menukar gear kepada gear rendah terutama sekali ketika menuruni bukit atau ketika menghampiri persimpangan jalan yang sibuk. Ini supaya pemandu berupaya untuk mengawal kereta jika brek gagal berfungsi. Namun, brek kereta zaman moden ini lebih baik dengan pelbagai teknologi terkini dan diperbaharui serta tidak membabitkan kos penyelenggaraan tinggi jika dibandingkan dengan sistem enjin serta sistem transmisi. Dengan melakukan servis berkala, mekanik akan menasihatkan anda jika brek pad perlu ditukar baru untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Memandu kereta dengan enjin sejuk 
Panaskan enjin seketika sebelum melakukan perjalanan. Ketika memulakan perjalanan, pandu dengan perlahan dan elakkan daripada memasang penghawa dingin sehingga kereta menjangkau suhu yang betul, sekurang-kurangnya tiga minit. Memecut kereta dengan pantas ketika enjin kereya sejuk boleh mengakibatkan bahagian kepala gasket gagal berfungsi. Penggunaan aksesori pada kereta boleh menyebabkan kehausan pada bering enjin kerana ia belum berfungsi dengan biasa.

Menukar gear dengan kasar
Transmisi manual kurang penyelenggaraannya jika dibandingkan dengan transmisi automatik. Anda perlu berhati-hati ketika menukar gear kereta anda kerana jika anda memandu dengan gear tinggi akan menyentak enjin kereta anda. Jika memandu dengan gear terlalu rendah pula menyebabkan anda menekan pedal minyak dengan tahap maksimum. Kedua-dua pemanduan ini menyebabkan penggunaan minyak lebih. ia tidak ekonomikal dari segi nilai wang anda. Ia boleh menghauskan enjin kereta anda dengan lebih cepat. Pemandu dinasihatkan untuk menukar gear dengan lembut dan berhati-hati untuk mengelakkan kereta mengalami sebarang masalah pada sistem dan kotak gear. Ketika menukar gear, tekan pedal klac dan pastikan anda masuk gear dengan betul supaya tiada sentakan berlaku. Bagi kereta dengan transmisi automatik pula, masukkan gear dengan betul dan lembut kerana gear automatik boleh rosak sekiranya tidak dimasukkan dengan betul dan membabitkan kos pembaikan yang tinggi. 

1 comment:

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia