MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Tuesday, November 21, 2017

MEMO MAKLUMAN

           
 
 MEMO MAKLUMAN
Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi,
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya






Kepada : Seluruh Ahli Perpustakaan
Daripada : Penolong Pustakawan S29
Perkara : Sistem Pinjaman Perpustakaan Mengalami Kerosakan


YAS Dato' Sri / YAS Dato' / YS Dato' / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Untuk makluman, sistem pinjaman perpustakaan telah mengalami kerosakan dan sedang dalam pembaikan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan perpustakaan berjalan seperti biasa dan pinjaman bahan perpustakaan boleh dipinjam dalam bentuk manual.

3.       Kerjasama daripada pihak YAS Dato' Sri / YAS Dato' / YS Dato' /
Tuan / Puan, amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
'1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'

Saya yang menurut perintah,

JAMILAH BINTI SAILILLAH
Ketua Unit,
Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia