JUDUL BUKU TERKINI
Monday, March 27, 2017
Wednesday, March 8, 2017
Keterujaan balik ke kampung atau percutian panjang di dalam dan luar negara sempena cuti perayaan tidak terungkap dengan kata-kata. Segala persiapan pastinya sudah siap dan beg penuh dengan pakaian juga sudah tersedia. Kesesakan di lapangan terbang, stesen bas atau stesen kereta api dengan orang yang ramai mengundang kepada pelbagai hal terutama kehilangan beg. Kehilangan beg ketika melancong memang sangat menyakitkan hati dan jiwa tidak tenteram boleh mengundang kemarahan. Tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda? Tips ini mungkin dapat membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.
- Gantung tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg dan jangan lupa kunci. Anda juga boleh meletakkan mangga atau 'padlock' supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
- Daftar masuk penerbangan seawal mungkin mengelakkan anda kehilangan beg. Ini kerana, dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.
- Selain itu, beg anda juga tidak akan bercampur dengan beg dalam penerbangan lain jika berlaku kekalutan semasa proses daftar masuk.
- Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di lokasi tuntutan bagasi.
- Secara tidak langsung, anda tidak keliru mencari beg anda terutama apabila sesetengah penumpang lain mempunyai rekaan, warna serta saiz yang sama dengan beg anda.
- Pastikan pembantu penerbangan meletakkan tag destinasi yang betul pada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tetapi ia untuk kebaikan anda juga.
- Kekerapan anda melancong membuatkan bagasi anda dipenuhi dengan pelbagai pelekat. Justeru, bagi mengelak kehilangan beg, buang segala pelekat atau tag lama yang ada. Tindakan tidak membuang pelekat atau tag lama itu mengundang kekeliruan, sekali gus menjadi salah satu faktor beg anda hilang.
- Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir. Pastikan juga salinan kod pelekat beg anda sentiasa bersama dan tidak dibuang walaupun anda sudah berada di dalam pesawat. Ini kerana, jika berlaku kehilangan, nombor rujukan yang dilekatkan pada beg anda sangat membantu.
- Ambil beg anda sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas 'carousel' sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di lapangan terbang.
- Pastikan juga anda mengingati bilangan beg yang dibawa terutama jika anda melancong bersama keluarga dan anak-anak.
Tuesday, March 7, 2017
Tidak punya wang, bajet tidak mencukupi dan banyak lagi jawapan yang akan diberikan ketika diajak bercuti di luar negara. Selain tiada masa, wang adalah faktor paling penting bagi menentukan mewujudkan percutian impian terutama di luar negara. Sama seperti impian atau cita-cita lain, melancong juga harus diusahakan dan memerlukan perjuangan atau pengorbanan. Antara perjuangan yang harus dipersiapkan adalah menabung. Tip kali ini mungkin dapat membantu anda menabung untuk bercuti di destinasi yang diidamkan.
Menabung mata wang asing
Disebabkan mata wang yang paling 'laku' di dunia adalah dolar Amerika Syarikat, cara menyimpan wang paling efektif untuk melancong adalah dalam mata wang ini. Menukar wang simpanan kepada mata wang dolar bukan sahaja menyenangkan tetapi juga salah satu cara menyimpan wang bijak. Nilainya yang tinggi dan sentiasa diterima di mana-mana agensi kewangan serata dunia memudahkan anda jika menukarnya kepada mata wang negara yang dikunjungi. Selain dolar Amerika Syarikat, euro dan poundsterling juga adalah mata wang yang menguntungkan untuk disimpan kerana 'laku' di kebanyakan negara. Bagaimanapun, jika sudah tahu negara atau tempat tujuan, anda juga boleh terus membeli mata wang negara dituju.
Menabung tidak seharusnya wang
Menabung untuk melancong tidak seharusnya wang semata-mata. Ini kerana menyimpan atau mengumpul keperluan saat bercuti nanti juga boleh meringankan beban anda. Sebagai contoh, bulan pertama mengeluarkan wang untuk membeli tiket perjalanan diikuti dengan penempahan bilik penginapan di bulan kedua seterusnya membeli kelengkapan perjalanan di bulan ketiga dan bulan-bulan berikutnya barulah menyimpan wang tunai sebagai perbelanjaan sepanjang bercuti. Menabung juga berkait dengan masa. Semakin jauh tempoh percutian yang dirancang, semakin besar jumlah wang yang boleh ditabung. Justeru, jika perancangan bercuti bersama insan tersayang, keluarga atau rakan-rakan, menabung membantu menyenangkan percutian anda.
Akuan tabung berasingan
Wang kalau ada di depan mata pasti akan digunakan untuk pelbagai hal. Penyelesaiannya adalah dengan membuka akaun tabung berasingan dari akaun tabung yang digunakan sehari-hari. Membuka akaun khusus untuk melancong sememangnya memudahkan anda merancang perbelanjaan sepanjang bercuti nanti.
Jangan berhutang untuk bercuti
Berhutang untuk berjalan-jalan adalah tidak wajar. Termasuklah berhutang dengan kad kredit. Berhutang tidak akan membuatkan perjalanan anda lebih menyenangkan tetapi mengundang kepada penyiksaan. Ini kerana dengan berhutang anda akan dibebani dengan hutang saat pulang sekaligus membuatkan kewangan peribadi anda menjadi tidak sihat. Jika terpaksa menggunakan kad kredit, biarlah jumlahnya masih mampu dilunaskan dua tiga kali pembayaran setiap bulan. Jangan sampai balik dari percutian yang menyeronokkan tetapi masih perlu membayar hutang selama enam bulan atau sehingga setahun.
Tentukan tempoh bercuti
Penting untuk menentukan tujuan dan tempoh percutian yang bersesuaian dengan kemampuan. Jangan memaksa diri bercuti di tempat yang mahal hanya untuk bergaya atau mahu menunjuk-nunjuk. Bercuti mengikut kemampuan supaya matlamat percutian itu tercapai dan memberikan 1001 kenangan terindah buat anda.
Wednesday, March 1, 2017
Perubahan hormon
Apabila waktu makan ditangguhkan maka berlakulah ketidakseimbangan
hormon di dalam tubuh. Selain membuatkan pertambahan berat badan,
anda juga akan berhadapan situasi mudah berasa tertekan dan pening
kepala.
Masalah di bahagian pencernaan
Sebaliknya, makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan
tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang
dan bernutrisi. Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan
berjalan lancar da teratur.
Kenaikan berat badan
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan cara 'mencuri'
waktu makan maka tindakan itu adalah salah sama sekali. Kebiasaannya
cara itu hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya
menjadikan berat badan anda semakin bertambah.
Pengaruhi tabiat makan
Mengelak waktu makan pastinya akan menjejaskan waktu makan anda yang
sebenar. Oleh sebab itu, jangan sekali-kali cuba untuk menangguhkan
waktu makan yang menjadi kebiasaan anda.
Mudah penat
Pola pemakanan yang tidak teratur mampu melambatkan sistem
metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila
melakukan sebarang kerja. Hal ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi fungsi normal dari keseluruhan sistem tubuh yang biasa
berjalan dengan baik.
Kompilasi diabetes
Sekiranya anda tergolong sebagai pesakit diabetes maka menangguhkan
waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh.
Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan
kesihatan bertambah buruk.
Jejaskan kesihatan otak
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak? Justeru, apabila anda menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan mulai berkurangan. Secara tidak langsung ia menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan ia kurang berfungsi dengan baik.
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak? Justeru, apabila anda menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan mulai berkurangan. Secara tidak langsung ia menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan ia kurang berfungsi dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(2372)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
▼
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ▼ March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PENGENALAN Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada p...
-
Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf...