MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, February 15, 2016

Info Sihat - Kurus :Tiada jalan pintas

Senaman dan kawalan pemakanan
Berat badan semakin meningkat merupakan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan wanita. Untuk menurunkan berat badan mereka rela mengambil jalan pintas dengan cara makan pil kurus dan diet tidak seimbang.
Hakikatnya menurut Penolong Pengurus Dietetik (Pakar Pemakanan), Hospital Gleaneagles, Phang Chin Yee, tiada jalan pintas yang boleh dilakukan melainkan senaman dan kawalan pemakanan.
Menurutnya seperti semua sedia maklum, tidak kira sesiapa pun, setiap orang harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali dalam seminggu. Senaman merupakan elemen penting dalam penjagaan berat badan.
Dari segi pemakanan pula, haruslah memilih kaedah memasak yang sihat iaitu tumis kurang minyak, sup, kukus, bakar mahu pun panggang. Paling penting, buang lemak daging dan kulit ayam sebelum memasak kerana ini juga mampu menaikkan berat badan.


gmbr kurus n gmk

Sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting
Selain berat badan yang seimbang, kulit yang sihat juga akan terjaga sekiranya seseorang mengawal pemakanan mereka. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga amat penting semasa makan

kerana mampu mengawal berat badan di samping sebagai menu yang menyihatkan. Amalkan meminum air sebanyak lapan gelas sehari agar tubuh badan kita tidak kekurangan air. Perbincangan berkisar mengenai bagaimana menjaga berat badan dengan cara yang sihat selaras dengan komitmen untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Senaman boleh dilakukan di rumah
Sementara itu, Pakar Fisioterapi Gleneagles, Cheryl Tiang berkata, kebanyakan individu terutama yang bekerja tidak ada masa untuk melakukan senaman. Senaman tidak semestinya hanya dilakukan di gimnasium, malah boleh juga dilakukan di rumah.
Latihan senaman bertujuan untuk memulihkan tubuh badan setelah seharian melakukan tugasan masing-masing. Senaman di rumah, anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang bahkan masa kerana senaman boleh dilakukan di mana-mana yang bersesuaian dan disukai.


Tidur mempengaruhi kesihatan
Bagi mereka yang tidak cukup tidur pula, dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang secukupnya kerana ia mampu mempengaruhi kesihatan. Penggunaan bahan dalam masakan juga mampu menaikkan berat badan seseorang terutama yang mengandungi banyak lemak.
Organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, paru-paru dan sebagainya juga tidak elok untuk kesihatan. Ini kerana organ-organ tersebut merupakan tempat toksin dikumpul sebelum dineutralkan.


Jauhkan dari makanan ringan
Makan makanan ringan dan penambah perisa dalam masakan juga tidak digalakkan kerana kandungan garamnya yang tinggi boleh menyebabkan darah tinggi, osteoporosis dan sebagainya. Pengambilan oat pada waktu pagi juga dapat memberikan tenaga dalam tubuh badan.


Sumber  di sunting   dari  Akhbar Utusan Melayu (5/6/2013)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia