MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, January 13, 2016

Waktu pengambilan ubat dengan betul

Continue Reading
No comments
Share:

3 Waktu larangan masuk ke bilik ibu bapa

Continue Reading
No comments
Share:

MILIK AYAH & IBU...RAMAI YANG TAK TAHU...

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.



Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, January 5, 2016

Panduan Penggunaan Ubat Yang Selamat


Kenali ubat anda
Ambil tahu tentang nama, warna, bentuk, jenis (ubat biji atau kapsul), simbol pada ubat, saiz atau bekas ubat anda.

Ambil ubat anda seperti yang telah diarahkan oleh doktor.
Ikut arahan doktor anda. Minta bantuan doktor/ahli farmasi untuk mencatatkan arahan-arahan tertentu jika anda khuatir terlupa arahan tersebut.

Ambil ubat anda sahaja
Mengambil ubat orang lain mungkin akan memudaratkan anda dan menyebabkan rawatan anda bertambah rumit. Jangan berkongsi ubat anda dengan orang lain.

Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai masalah kesihatan dan ubat-ubatan yang anda ambil. Ini termasuk ubat preskripsi, ubat am, supplemen kesihatan, vitamin dan ubat sediaan herba. Maklumat yang anda berikan dapat memudahkan mereka membantu anda. Jika anda mempunyai pertanyaan, jangan malu untuk bertanya kepada doktor atau ahli farmasi.

Perhatikan jika berlaku kesan sampingan atau interaksi ubat
Segera maklumkan doktor atau ahli farmasi jika terdapat sebarang gejala atau perubahan pada diri anda akibat pengambilan ubat.

Pastikan anda mematuhi semua temujanji dengan doktor dan sebarang ujian pemantauan yang dijadualkan oleh doktor atau makmal.

Bawa bersama seorang kawan atau saudara ke temujanji anda. Ini boleh membantu anda untuk lebih memahami atau mengingati maklumat daripada doktor.

Pastikan preskripsi anda diisi semula lebih awal untuk mengelakkan kehabisan ubat. Ini akan mengelakkan daripada gangguan kepada jadual pengambilan ubat anda.

Sebelum anda melancong, tanya doktor atau ahli farmasi bagaimana untuk menyesuaikan jadual pengambilan ubat anda dengan mengambil kira perubahan waktu, rutin dan pemakanan. Bawa bersama nombor telefon doktor dan ahli farmasi anda. Apabila menaiki penerbangan, bawa ubat anda bersama, jangan masukkan ke dalam bagasi. Ini bagi memastikan ubat tidak terdedah kepada suhu panas atau sinar matahari.

Gunakan carta/jadual, kotak pil, penggera (alarm), peringatan di telefon atau cara lain untuk mengingatkan anda tentang ubat dan waktu pengambilannya. Ramai orang menggunakan carta atau jadual bertulis untuk mengingati pengambilan ubat mereka. Ada yang menggunakan bekas dengan warna penutup yang berbeza, bahagian yang berlainan atau loceng yang berbunyi pada waktu-waktu tertentu.

Simpan ubat di dalam bekas asalnya melainkan diarahkan sebaliknya. Jangan simpan pelbagai jenis ubat di dalam satu bekas.

Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering, jauh daripada cahaya.
Jangan simpan ubat di tempat yang lembab dan panas kerana ini boleh mengurangkan keberkesanannya. Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk, kecuali ditulis pada label atau diarah oleh ahli farmasi atau doktor.

Jika terdapat kanak-kanak di rumah, jauhkan semua ubat anda dari penglihatan dan capaian mereka.

Lakukan pemeriksaan ke atas ubat-ubatan anda secara berkala. Kemaskan kotak ubat anda dan buangkan semua ubat yang lama atau luput tarikhnya. Minta bantuan ahli farmasi untuk menyemak semua ubat yang sedang anda ambil. Maklumkan juga tentang semua ubat am, vitamin, suplemen kesihatan dan ubat herba yang anda ambil.

Sumber kredit : http://www.myhealth.gov.my/panduan-penggunaan-ubat-yang-selamat/

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

 

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia,

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua staff dan rakyat Malaysia.. 

Semoga di tahun baru ini kita akan menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing..

 

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia