MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, June 25, 2015

Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Kepada PKP Bahagian Operasi, Tuan Haji Zurkarnain Bin Mohd Kassim

Tahniah diucapkan kepada PKP Tuan Haji Zurkarnain Bin Mohd Kassim.

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat oleh YAS Datuk Wira Hj Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada Tuan Hj Zurkarnain yang dinaikan pangkat dari Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba kepada Timbalan Pesuruhjaya Bomba ( JUSA C ). Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai PKP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah ditukarkan ke Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM juga sebagai PKP bahagian berkenaan.

Sejurus selepas selesai Majlis Pemakaian Tanda Pangkat telah diadakan juga Nota Penyerahan tugas dari PKPjB Hj Zamri bin Che Din (Pemangku PKP Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) kepada PKP yang baru.

















No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia