MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, February 27, 2015

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Image result for kereta 


Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, February 24, 2015

Amalan Ringkas Untuk Pemanduan Berhemah


Hampir saban hari termuat di dada akhbar negara kita, berita kemalangan yang meragut nyawa dan kadar kemalangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila menjelangnya hari-hari perayaan, seolah-olah musim perayaan itu menjadi perangkap maut yang hanya menunggu untuk membaham mangsa. Kajian menunjukkan peratusan kecuaian manusia penyebab utama sesuatu kemalangan terjadi. Antara amalan ringkas untuk pemanduan berhemah yang boleh dipraktikkan ialah:
  1. Apabila berada dalam kesesakan trafik, pastikan anda dalam keadaan tenang. Sentiasa nyalakan lampu isyarat sebelum bertukar lorong untuk menyatakan tujuan anda. Sekiranya anda dipotong pemandu lain, perlahankan kenderaan dan berikan ruang kepada pemandu tersebut untuk masuk ke laluan anda dan lemparkan senyuman kepadanya.
  2. Sekiranya anda berada di lorong laju dan seseorang ingin memotong, ke tepi dan biarkan kenderaan itu memotong. Anda mungkin memandu di lorong kanan dalam lingkungan had laju yang sepatutnya, tetapi anda mungkin membahayakan diri anda dengan menimbulkan kemarahan pemandu di belakang anda.
  3. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya dua saat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Sesetengah pemandu akan berasa marah jika diekori terlalu rapat. Sekiranya anda diekori terlalu rapat, beri isyarat dan beri laluan untuk pemandu di belakang anda untuk memotong.
  4. Gunakan hon jika perlu. Elak penggunaan hon secara berterusan sekiranya anda berasa marah dengan pemandu lain kerana perkara ini mengundang gejala samseng jalanan spontan.
  5. Kekalkan tangan anda di atas stereng dan elakkan membuat isyarat yang boleh menimbulkan kemarahan pemandu lain, termasuklah ekspresi “selamat” seperti menggelengkan kepala.
  6. Sekiranya ada pemandu yang naik marah, jangan memandang mata pemandu tersebut.
  7. Berikan ruang yang banyak kepada pemandu yang sedang marah. Sekiranya pemandu lain cuba untuk mencetuskan pergaduhan, jauhkan diri anda seboleh mungkin. Pergaduhan tidak akan timbul jika tiada orang yang ikut terlibat. Ibarat bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.
  8. Dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diekori oleh pemandu yang sedang marah dan cuba untuk mencetuskan pergaduhan. Gunakan telefon bimbit untuk menghubungi polis. Jika tiada telefon bimbit, pandu ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti balai polis, pasar raya dan hospital. Jangan keluar dari kenderaan atau pulang ke rumah.
Amalkan sikap bersopan santun dan bertimbang rasa. Terimalah kenyataan bahawa anda akan bertemu dengan pelbagai kerenah pemandu di jalan raya, dan perwatakan seseorang akan berubah apabila tangannya memegang stereng kereta. Oleh itu, sematkan budaya biar lambat asal selamat.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, February 16, 2015

Tip tatahias ruang terhad


“PENING kepala nak cari idea deko yang sesuai dengan rumah saya, ni. Ruang sempit, tak banyak yang boleh saya lakukan tetapi geram apabila tengok barang perhiasan yang cantik dengan warna kegemaran. Huh, mencabar betul!”

Ya, menatahias rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda memiliki dekorasi idaman.

• Seimbang dan harmoni
Keseimbangan dan keharmonian penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tidak semestinya perlu sama nanti hilanglah kreativiti dalam tata hias rumah anda.

•  Deko rumah bukan bilik
Memandangkan keluasan terhad, berikan penekanan pada hiasan rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, gaya atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi yang diidamkan. Anda boleh memilih warna dinding terang untuk satu bilik. Gunakan warna sama pada bedding set di dalam bilik lain. Kemudian, hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (menggunakan skim warna sama).

• Kualiti dan jenama
Tidak perlulah menghias setiap sudut dengan perabot dan aksesori berjenama. Elakkan daripada menggandingkan barang murah bersama yang mahal kerana ini hanya hanya menampakkan lagi ‘murahnya’ barang itu.

• Minimalis
Pemilihan dan susun atur perabot serta aksesori hiasan yang kemas, ringkas juga selesa akan kelihatan lebih bergaya dan mahal. Gaya hiasan ini menepati ciri dekorasi moden yang elegan.

• Suai padan
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk daripada satu jenis sahaja membuat dekorasi rumah anda kelihatan ‘keterlaluan’. Suai dan padankan barang sedia ada atau daripada pelbagai jenama. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasi tampil lebih berkesan.

• Kurangkan ukuran untuk lebih luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik kecil dan sempit, anda hanya memerlukan perabot bersaiz kecil. Bagi menambah seri, anda boleh menggantung lukisan bersaiz besar untuk mencipta ilusi bilik yang luas.

• Masa dan pilihan
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru, anda mungkin terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang ada. Kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui barang yang diingini. Akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk keperluan rumah anda atau berbelanja lebih daripada bajet. Justeru, ambil masa hingga anda barang benar sesuai dengan cita rasa dan kediaman anda.

• Jangan berlebihan
Tiada salahnya jika anda mahu menampilkan warna terang dan bentuk unik untuk menarik pandangan. Ini memang akan menjadi lambang cita rasa anda dan mempunyai mesej tersendiri. Bagaimanapun, jangan berlebihan. Tonjolkan gaya dekorasi impian anda secara sederhana dan seimbang. Ini kerana, jika terlalu banyak, ruang menjadi berserabut atau semak. Misalnya, anda hanya perlu meletakkan satu koleksi pasu di ruang tamu, pasti lebih unik.

• Fokus ruang
Selain menjadi tempat berehat, ruang tamu sering menjadi simbol cita rasa peribadi pemilik rumah. Ruang tamu diberi perhatian dalam hal dekorasi kerana kepelbagaian fungsinya. Bagi memenuhi kegunaan ruang yang menjadi tumpuan seisi keluarga dan tetamu ini, pelbagai jenis aksesori (perabot dan peralatan) digunakan untuk menampilkan ruang lebih bergaya dan menarik.

Continue Reading
No comments
Share:

Adakah rumah anda selamat untuk anak anda


Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua. Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 hingga 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10% mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup.

RUANG TAMU, ANJUNG DAN TANGGA
  • Kemalangan bagi kanak-kanak banyak terjadi di sini. Ia membabitkan jatuh biasa atau serius.
  • Rumah bertangga dan bahagian split-level patut dibuat sekatan atau palang supaya kanak-kanak, terutama yang berusia empat tahun ke bawah, tidak dapat turun dan naik sendiri.
  • Jangan sekali-kali membiarkan anak kecil sendirian di tingkat atas rumah, di atas anjung atau tempat-tempat tinggi. Jatuh dari tempat tinggi boleh menyebabkan kecederaan serius seperti patah dan pendarahan otak.
  • Pastikan perabot di ruang tamu tidak mengundang kemalangan kerana kanak-kanak suka memanjat dan mereka tidak tahu bahaya yang menanti. Jangan letak perabot dekat tingkap atau beranda yang boleh dipanjat anak.
  • Bagi rumah yang bertangga, pastikan barangan dan permainan tidak dibiarkan bertaburan di atas tangga kerara ia boleh menyebabkan kanak-kanak, juga orang dewasa, terjatuh.

BILIK MANDI
  • Lemas dan jatuh antara kemalangan kerap terjadi di rumah. Bilik mandi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana merekaboleh lemas atau jatuh kerana licin. Kejadian lemas di bilik mandi selaIunya terjadi kepala anak-anak berusia 1~2 tahun.
  • Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh jatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 cm.
  • Bayi kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebaban kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak. Bayi patut dimandikan di dalam besen di atas lantai.
  • Kanak-kanak harus dimandikan di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh. Jatuh yang teruk dari tempat tinggi boleh menyebabkan patah teruk dan darahan.
  • Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak . Banyak kecederaan patah tulang paha di karan warga tua disebabkan jatuh ketika berada di bilik mandi. Kejadian lemas di luar rumah (kolam, tasik atau ,kang) sering terjadi pada kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.

BILIK TIDUR
  • Kanak-kanak tidak mengenal erti bahaya. Katil yang selalunya enak dan empuk dibuat tidur boleh juga mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Antara bahaya itu, kanak-kanak mungkin jatuh dari katil, terhempas barang-barang berat seperti seterika dan keracunan.
  • Alat elektrik yang tidak digunakan patut disimpan di tempat selamat dan digulung wayarnya. Alat elektrik yang rosak atau terkoyak wayarnya tidak patut digunakan kerana kanak-kanak mungkin terkena kejutan elektrik jika memegangnya.
  • Soket elektrik mesti ditutup dengan penutup keselamatan dan pastikan suis ditutup untuk mengelak kanak-kanak daripada bermain dengannya.
  • Ramai ibu bapa tidak tahu yang barangan kosmetik pun boleh menyebabkan keracunan terutama pada anak kecil. Tarikan kepada warna-warna dan bau alat solek akan menyebabkan mereka terdorong memasukkannya ke dalam mulut dan ini boleh menyebabkan keracunan. Ibu bapa seharusnya meletakkan alat solek mereka di tempat tinggi yang sukar dicapai oleh anak-anak.
  • Ubat-ubatan ibu bapa juga patut disimpan di tempat yang berkunci. Jangan makan ubat di hadapan anak kerana mereka akan meniru perbuatan ini.
  • Pilihan katil kanak-kanak perlu dibuat dengan bijak. Perlu dipastikan agar ia tidak dicat dengan cat bertoksid kerana kanak-kanak kecil suka menggigit katil dan ini boleh menyebabkan keracunan. Jarak di antara palang-palang katil anak juga mesti kurang daripada 6cm supaya badan dan kepala anak tidak boleh bolos di antara dua palang.

DAPUR
  • Boleh dikatakan dapur tempat paling berbahaya dibiarkan kanak-kanak berada di situ sesuka hati. Kanak-kanak sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke dapur sama sekali. Ramai ibu bapa tidak sedar dapur boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka. Mereka boleh terjatuh, tersiram minyak atau air panas, terkena api dapur dan keracunan bahan cucian.
  • Banyak perkara perlu diambil perhatian menjamin keselamatan di dapur termasuk jangan alas meja jika ada anak kecil. Mereka mungkin menarik alas meja dan menyebabkan barang-barang di atas meja terjatuh ke atas mereka. Masakan panas perlu diletak jauh di tengah meja supaya tidak tersimbah.
  • Pemegang periuk dan kuali juga perlu diletakkan menghala ke bahagian dalam agar sukar bagi kanak-kanak mencapainya. Banyak kes melecur berlaku kerana tersimbah makanan dan minyak panas dari periuk dan kuali.
  • Di dapur juga selalunya banyak bahan pencuci disimpan. Pastikan anda menyimpannya di dalam almari bertutup dan berkunci atau di tempat tinggi yang sukar dicapai kanak-kanak.
  • Elakkan mengguna botol minuman untuk menyimpan cecair beracun seperti minyak tanah, turpentin dan racun serangga. Cecair beracun perlu disimpan di dalam botol asal dan bukan di dalam botol minuman. Ini dapat mengelakkan anak anda daripada terminum bahan beracun ini.
LAMAN RUMAH
  • Ini termasuk taman dan bahagian laman. Kemalangan yang sering berlaku ialah sengatan dan gigitan serangga berbisa seperti lebah, kala jengking, tebuan dan lipan. Perlu diingatkan, kanak-kanak mesti diawasi apabila bermain di taman kerana mereka tidak dapat membezakan antara binatang berbisa dan tidak. Kanak-kanak lebih kecil patut diawasi supaya tidak makan daun-daun beracun di laman rumah.
  • Kanak-kanak berusia lebih dua tahun juga perlu penjagaan rapi apabila mereka keluar rumah kerana mereka mungkin akan berlari keluar ke tepi jalan tanpa melihat kenderaan yang lalu lalang. Ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
  • Ibu bapa yang mengundur kereta perlu memastikan anak-anak mereka tidak berada di belakang kereta. Banyak kemalangan serius membawa maut membabitkan ibu bapa sendiri melanggar anak mereka tanpa disedari.
  • Bagi warga tua pula, kemalangan yang sering terjadi ialah jatuh di bilik mandi dan juga di tempat-tempat licin di rumah. Perlu dipastikan yang tempat-tempat ini selamat untuk mereka kerana warga tua lebih senang mengalami patah tulang apabila terjatuh.
  • Untuk rumah bertangga, pastikan ada lampu menerangi tempat itu supaya mereka tidak terjatuh apabila bangun pada waktu malam. Warga tua juga sering terbabit dalam kebakaran. Pintu rumah perlu senang orang keluar masuk kerana dalam kebanyakan kes kebakaran yang dilaporkan, mangsa terkunci di dalam rumah.

PANDUAN UNTUK KESELAMATAN ANAK DAN WARGA TUA
  • Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi.
  • Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
  • Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.
  • Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
  • Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya
  • Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.
  • Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .
  • Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.
  • American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
  • Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).
  • Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.
  • Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama
Sumber : Khairunnisa Hussin (Majalah Jelita)

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, February 13, 2015

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Hasbullah Awang dan Tuan Guru Haji Nik Aziz Bin Nik Mat...

Image result for assalamualaikum 
Image result for innalillah
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”..Kita dikejutkan dengan berita dua kematian semalam.. Pertama, seorang pengulas sukan yang paling tersohor di Malaysia, telah kembali menemui Allah ketika dalam rawatan di IJN dan kemudian pada malam jumaat pula, kita kehilangan seorang ulama dan seorang pemimpin Islam yang terkenal di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, Allahyarham dikenali ramai, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada 9.40 malam... 


Image result for alfatihah 
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... Amin..

Salam takziah daripada kami...

Continue Reading
No comments
Share:

Mengendalikan sikap anak kerap ‘mengamuk’

Image result for kids behavior

Q:  Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini (Sharifah)



A:  Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum
Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibubapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain. Jika ini berlaku, mereka merasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh itu, tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak akan hentikan tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibubapa juga menyumbang kepada berapa kerap tantrum akan berlaku. Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan  tantrum jika ibubapa memberikan apa sahaja yang mereka mahukan atau jika ibubapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkahlaku yang negatif.

Lihat tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibubapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan tantrum, pastikan perkara-perkara dibawah:
  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan tantrum akan menjadi lebih teruk dalam jangkamasa pendek dan menyebabkan tingkahlaku tantrum kekal dalam jangkamasa panjang. Jika ibubapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan tantrum, tantrum akan menjadi lebih teruk lagi. Jika ibubapa  melakukan perkara ini, ibubapa sebenarnya mengajar anak-anak untuk menggunakan tantrum untuk memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga ke dewasa.

Abaikan tantrum. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan tantrum. Ibubapa akan mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan tantrum. Dengan mengetahui apa puncanya, ibubapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal mengawal emosi mereka.

Ibubapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan.  ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak dari situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan jika tantrum berlaku di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan tantrum di rumah, ibubapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindakbalas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.

Apa yang perlu ibubapa dilakukan apabila tantrum berlaku di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang bertindak balas kepada kelakuan itu. Apabila tantrum reda, bercakap dengan anak anda mengenai kelakuannya. Jika tantrum berlaku di tempat yang anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti didalam kapal terbang, pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda tenang,  bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika tantrums berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

(Artikel ini yang ditulis oleh Dr Norharlina Bahar juga boleh dilihat di MyHealth Portal)

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, February 9, 2015

5 Reasons To Love Readings


Continue Reading
No comments
Share:

Tips untuk membangun tabiat membaca di rumah


Adakah anda tahu bahawa anda boleh melakukan perkara-perkara yang mudah di rumah untuk membantu anak-anak tidak kira usia, membangunkan tabiat membaca? Pendedahan kepada tabiat yang baik ini akan membantu kanak-kanak menjadi pembaca tegar dan seterusnya menjadi pelajar yang lebih berpengetahuan. Langkah pertama dalam membangunkan tabiat membaca dan anak-anak yang cintakan ilmu pengetahuan bermula di dalam rumah dan di kalangan keluarga sendiri. Berikut adalah beberapa cadangan mudah yang boleh kita gunakan untuk membantu anak-anak membangunkan kemahiran membaca:
  • Pastikan anak-anak memerhati kita membaca secara tetap. Apa yang kita baca tidak penting - apabila melihat kita membaca resipi, majalah, surat khabar, buku, dan bahan bacaan yang lain, ia akan mengukuhkan kepentingan membaca.
  • Untuk merangsang minat membaca, simpan bahan-bahan bacaan di seluruh rumah, di meja makan, di dalam bilik air, di dapur, di bilik tidur dan sebagainya. Ini akan meningkatkan dan memudahkan anak-anak mendapatkan buku-buku dan bahan bercetak. Bantu mereka untuk memahami bahawa membaca tidak hanya berlaku di sekolah - ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang membaca di luar sekolah adalah pelajar yang lebih berpengetahuan dan berjaya.
  • Jika kita tidak begitu lancar membaca, bercakaplah dengan anak-anak mengenai gambar-gambar yang ada di dalam buku, majalah dan surat khabar. Ia adalah penting untuk anak-anak melihat usaha yang kita lakukan untuk memperolehi kebolehan membaca. Di samping itu, minta mereka membaca dengan kuat atau menceritakan semula tentang apa yang mereka telah baca dengan menggunakan perkataan dan ayat mereka sendiri.
  • Bawa anak-anak ke perpustakaan awam selalu. Gunakan segala kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan tersebut. Kita boleh mendapatkan kad perpustakaan untuk meminjam buku, CD, dan DVD secara percuma! Pastikan anak-anak kita juga ada kad perpustakaan mereka sendiri bagi membolehkan mereka meminjam buku kegemaran mereka.
  • Galakkan anak-anak membaca dalam bahasa ibunda. Membangunkan kemahiran membaca dalam bahasa ibunda tidak akan menghalang keupayaan anak-anak untuk membaca dalam Bahasa Inggeris - ia akan membantu!
  • Jangan biarkan anak-anak menonton televisyen sehingga mereka telah melakukan pembacaan harian mereka.
  • Apabila anak-anak kita telah boleh membaca dengan baik, berbuallah dengan mereka tentang apa yang telah mereka baca. Apabila anak-anak selesai membaca suatu cerita, bincangkan idea-idea utama, perkataan-perkataan baru dan konsep penggunaannya, serta seksyen atau watak yang menjadi kegemaran mereka. Ini akan membantu untuk mengukuhkan tahap kefahaman mereka.

Dengan mengambil langkah-langkah ini di rumah, kita bukan sahaja akan menggalakkan anak-anak untuk membaca bahkan kita juga akan membantu mereka berjaya di dalam dan di luar kelas!

Continue Reading
No comments
Share:

Sunday, February 1, 2015

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan bagi rakan-rakan yang berada di wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.  

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia