MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, September 19, 2014

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan

Sipnosis Buku : Buku Siri Asas Kebombaan


Pengarang : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Penerbit : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd
ISBN : 967-61-0782-4 (Siri 1) 
              967-61-0780-8 (Siri 2) 
              967-61-0784-0 (Siri 3)
              967-61-0783-2 (Siri 4) 
              967-61-0786-7 (Siri 5)
              967-61-0782-6 (Siri 6)  
               967-61-0785-9 (Siri 7)

Sipnosis :   
Siri Asas Kebombaan ini dirangka bersesuaian untuk peserta-peserta Kursus Asas Kebombaan, kakitangan Bomba Perkhidmatan Awam seperti Bomba DCA, Bomba Pelabuhan, Bomba Tentera, Kadet Bomba dan Bomba Bantuan. 

Sukatan kursus yang dirangkumkan dalam siri ini boleh juga diguna pakai oleh pasukan-pasukan keselamatan di premis komersial dan industri, Perkhidmatan Bomba di negara-negara ASEAN dan negara-negara Dunia ketiga berdasarkan kesesuaian dan sistem perundangan negara masing-masing. 

Judul buku-buku dalam siri ini :- 
  • Pengurusan Kebombaan (Siri 1)
  • Undang-Undang Kebombaan (Siri 2)
  • Peralatan Kebombaan (Siri 3)
  • Alat Pernafasan (Siri 4)
  • Pam, Primer Dan Tangga (Siri 5) 
  • Pencegahan Kebakaran (Siri 6)
  • Kejuruteraan Kebombaan (Siri 7)

Continue Reading
2 comments
Share:

Wednesday, September 17, 2014

Salam Takziah






Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan bahawa anak perempuan Pn. Aisyah Binti Jaharadak daripada Cawangan Kewangan, adik Arissa Sofea Binti Mohd Azwan, berumur 3 tahun 5 bulan telah meninggal dunia pada 6.20 pagi ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Jenazah akan dikebumikan di Sungai Mati, Muar pada hari ini. 

Al-Fatihah...






Continue Reading
2 comments
Share:

Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami di Unit Pusat Sumber & Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran, JBPM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita patut berasa bangga kerana menjadi anak Malaysia, dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman.

Selamat Hari Malaysia... 

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, September 12, 2014

Menarik : Ruang Bawah Tanah Paling Unik Di Dunia


Waitomo Glow-worm Caves (Otorohanga, Selandia Baru) 
Gua Waitomo ini sepanjang 250 meter dan memiliki pemandangan bawah tanah yang sangat menakjubkan. Di dalamnya dibangun Katedral Cavern dan pemandangan yang paling menakjubkan sekali adalah fenomena yang dikenali sebagai “bioluminescence” yang dihasilkan oleh jutaan cacing grotto. Cacing ini mengeluarkan cahaya berwarna biru yang berfungsi menerangi gua. Gua ini telah dijumpai oleh penduduk Maori di akhir abad ke-19 sebelum dijumpai oleh orang Eropah dan dibuka pada umum pada tahun 1911. 


Coober Pedy (Australia) 
Coober Pedy adalah salah satu tempat yang paling aneh di dunia. Bandar bersuhu panas yang sangat ekstrem menyebabkan sekitar 80% dari populasi tinggal dan bekerja di bawah tanah. Bandar ini memiliki terowongan yang salin berhubung di mana-mana hingga kini dan dibawahnya juga lengkap dengan sebuah gereja, kedai, galeri seni, hotel dan macam-macam lagi. Yang paling unik terdapat pula lapangan golf di mana tiada sehelai rumput dapat dilihat. 


Wieliczka Salt Mine (Krakow, Polandia) 
Merupakan Warisan Dunia yang luar biasa dan pastinya akan mengujakan pengunjung kerana tidak ada tempat di manapun yang sebanding dengan tempat ini. Tambang Garam Wieliczka telah dieksploitasi terus menerus sejak abad pertengahan dan menciptakan patung-patung berasaskan garam miosen yang dipahat oleh para penambang. Ada sebuah katedral raksasa yang dipahat seluruhnya dari garam termasuk dinding lantai dan dekorasi, bahkan lilin Chandelier diperbuat dari kristal garam. Tambang Garam Wieliczka awalnya pada abad ke-14 hanya boleh dikunjung oleh orang-orang kerajaan, namun kini dibuka untuk umum. 


Catacomb Capuchin (Sisilia, Italia) 
Tempat yang paling mengerikan di dunia dan sering disebut sebagai “Museum Kematian” kerana di dalamnya ada lebih dari 8,000 mumia sejak abad ke-16 dan masih mengeluarkan bau. Walaupun telah membusuk selama bertahun-tahun, mumia-mumia yang dihiasi dengan kostum elegan itu masih memiliki daging, rambut, bahkan mata. Di sana terdapat pula mumia seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Rosalia Lombardo yang dimumiakan tahun 1920, dikenali sebagai “Sleeping Beauty”. Tubuhnya masih sempurna utuh sampai hari ini dan terbaring di sebuah bekas kaca. 


Catacomb Paris (Paris, Perancis) 
Oleh disebabkan kepadatan perkuburan di kota Paris akhir abad ke-18, pihak pemerintah berusaha mencari alternatif untuk membangun kubur bawah tanah. Pada tahun 1785, tulang dan mayat dari 6 juta orang dipindahkan ke terowong bawah tanah pada malam hari dan kerja-kerja ini memakan masa selama 18 bulan. Di situ, mereka disusun dalam kumpula yang besar. Tulang manusia disusun dalam berbagai konfigurasi seperti salib, wajah dan ornamen dinding. 


Ithaa Undersea Restaurant (Rangali Island, Maladewa) 
Sebuah restoran bawah laut pertama di dunia dan diperbuat dari kaca dengan ciri khas adalah dinding akrilik melengkung dengan atap setebal 125mm. Ada 5 lengkungan akrilik yang melekat antara satu sama lain dengan struktur silikon khas yang dibuat di Singapura. Projek ini menelan belanja $5 juta. Restoran ini berada 16 kaki di bawah permukaan laut dan menawarkan pemandangan panorama bawah air, menyediakan pengunjung dengan pengalaman menikmati keindahan yang menakjubkan

Continue Reading
1 comment
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia