MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, July 26, 2013

Salam Nuzul Al-Quran


Assalamualaikum,

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Kepada rakan-rakan yang bercuti hari ini, diharapkan anda sentiasa berwaspada pada keadaan sekeliling baik di rumah atau di luar rumah.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, July 24, 2013

Takziah



 Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa Puan Rooshayati binti Nong Chik yang bertugas di Bahagian Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JBPM telah meninggal dunia pada pagi ini (24/7/2013) di Hospital Putrajaya dan akan dikebumikan di Alor Gajah, Melaka selepas Zohor insha Allah. Semoga arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

http://blogthecall.files.wordpress.com/2013/04/al-fatihah.png?w=560&h=348

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, July 22, 2013

Petua-Petua Buang Kahak Bayi


Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri,

Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisiona l:

1.Daun Pucuk Kaduk- Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InshaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya

2.Daun Sirih- Caranya,ambil beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

3.Bunga Raya Merah- Caranya,ambil bunga tersebut dan lesungkan.Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.

4.Daun pokok hati-hati - Caranya, ambil daunnya dan ramas-ramas daun tersebut kemudian letak kapur sirih + air sedikit… lepas itu sapukan dekat dada serta belakang bayi anda.

5.Air rebusan akar lalang - Caranya minum sesudu kecil air tersebut.Insyaallah dalam 2-3 hari hilang kahak.

6.Daun pegaga kampung - Ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk ,kemudian ambil air dia lepas itu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian itu bagi anak minum sehari 3 kali.

7.Entemu ( hanya mudah didapati di negeri Sarawak) - bentuk dan rupanya seakan-akan kunyit, tumbuk sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letakkan setitis air dari entemu tersebut ke lidah. InshaAllah kahak akan kering dalam 2-3 hari

8. Daun Ketumbit - Pokok dia macam pokok rumput ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan atas tapak tangan.Air dia sapu di atas ubun-ubun, dada, sebelah belakang bayi anda, InshaAllah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, July 1, 2013

10 tips untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak


Ramai orang yang mempunyai masalah untuk tidur. Cuaca dan suhu yang agak panas merupakan salah satu faktor penyebab. Ada yang kerap terjaga, ada yang tidur lewat. Dibawah ini terdapat 10 tips bagi anda yang mempunyai masalah tersebut:

1. Tidur yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan tubuh anda “kebiasaan” dam membuatkannya bersedia untuk tidur pada waktu tersebut.

2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat dan anda tidak boleh tidur.

3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Anda hanya boleh mengambil makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.

4. Jauhi alkohol, nikotin dan kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.

5. Bagi anda yang bekerja waktu pejabat, biasakan tidur pada waktu malam sahaja. Ambil rehat satu jam maksimum pada waktu siang dan jangan tidur selepas pukul 3 petang.


6. Pastikan bilik tidur anda mempunyai system pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.

7. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.

8. Cuba sapukan krim pelembap pada bahu, leher dan kaki untuk meredakan tekanan pada siang harinya.

9. Jangan mengharapkan pada ubat-ubatan atau dadah untuk melegakan insomnia. Pengambilan teh atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.

10. Ketika tidur pada malam hari, letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan dan mendapatkan tidur yang lena.

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia