MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, July 29, 2011

Sejarah Penting Negara Sepanjang Julai


NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
1 Julai 1896 - Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Idea penubuhan ini dikemukakan oleh Frank Swettenham pada 1892 kepada Cecil Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat sebelum itu.

Cecil menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan yang mencadangkan penubuhan Pesekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Dalam laporan itu, Cecil menegaskan penubuhan Pesekutuan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap rancangan penubuhan Persekutuan. Antara faktor penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu termasuklah untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran kerana kemajuan yang tidak seimbang antara negeri tersebut. Hal ini disebabkan oleh kebolehan dan cara pentadbiran Residen dilihat berbeza-beza.

Terdapat juga perbezaan dalam pentadbiran Undang-Undang Tanah, Keadilan dan Sistem Cukai antara negeri tersebut. Selain itu, kemajuan yang tidak seimbang iaitu negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor lebih maju daripada negeri yang miskin seperti Pahang, selain faktor keselamatan khususnya dalam menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan pihak luar turut menjadi faktor penyumbang kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. 


PERSIDANGAN RAJA-RAJA MELAYU 
13 Julai 1897 - Persidangan Raja-Raja Melayu atau lebih dikenali sebagai Durbar yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Kangsar diadakan buat pertama kali. Tujuan utama Durbar ini diadakan adalah untuk memperlihatkan kepada Raja-Raja di Negeri Melayu Bersekutu tentang keadaan di negeri tersebut, di samping dapat bertukar-tukar pendapat mengenai negeri masing-masing.

Sir Frank Swettenham, Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mewakili kerajaan British dan bertindak sebagai Pengerusi dalam sidang berkenaan. Swettenham dibantu oleh beberapa orang pegawai tertinggi British termasuk Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Hugh Clifford (Residen Pahang), J. P. Rodger (Residen Selangor), serta Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat).

Pelbagai perkara termasuk mengenai kepentingan agama Islam dan orang Melayu dibincangkan. Persidangan ini berjaya mendekatkan lagi hubungan antara negeri yang terlibat dan menyedarkan mereka supaya saling bekerjasama dan bersatu padu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA
28 Julai 1960 - Bunga raya diumumkan sebagai Bunga Kebangsaan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku AbduL Rahman Putra Al-Haj pada Majlis Perasmian Pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab Tuft, Selangor. Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan dibuat kerana bunga raya dianggap sebagai bunga kegemaran ramai, selain dikenali umum sebagai satu nama sahaja.

Apabila Rukun Negara diperkenalkan pada 1970, lima kelopak yang terdapat pada bunga raya turut melambangkan kerukunan dan perpaduan rakyat, serta menjadi pengikat perasaan cintakan negara dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Nama bunga raya juga melambangkan simbol kebesaran kerana perkataan "raya" merujuk sesuatu yang besar, penting, hari perayaan dan kemuliaan. Keunikannya dalam lima kelopak bersetanggi ditambah pula dengan warna merah terang merupakan sesuatu yang amat menarik untuk diketengahkan.

Bunga raya didaftarkan sebagai Objek Warisan Ketara pada 2007, di bawah Akta Warisan Kebangsaan. Pada 2010, Sambutan Jubli Emas bunga raya sempena meraikannya sebagai Bunga Kebangsaan Negara diadakan dengan meriahnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia