MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, June 22, 2011

Peribahasa Bulan Jun

1) Ada batang mati adalah cendawan tumbuh
Maksud : Tidak kira di mana kita tinggal, di situ ada rezeki.

2) Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak
Maksud : Pujuk rayu yang mengandungi niat yang jahat

3) Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama.
Maksud : Orang yang sentiasa saling menolong. 

4) Kusut diselesaikan, keruh diperjernihkan
Maksud : Pergaduhan (persengketaan) mestilah diselesaikan.

5) Sambil menyelam minum air
Maksud : Membuat dua pekerjaan dalam masa yang sama.  

6) Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak
Maksud : Orang yang tidak berhati-hati melakukan pekerjaannya tentu akhirnya akan
menyesal dan kecewa. 

7) Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan    
Maksud : Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada. 

8) Kaki terdorong badan merasa, lidah terdorong emas padahnya 
Maksud : Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu harus berani menanggung
akibatnya.

9) Jangan puntung berasap jua
Maksud : Pertelingkahan atau masalah yang telah selesai itu jangan ditimbulkan semula.

10) Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat
Maksud :  Orang yang sabar akan berhasil usahanya.  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia