MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Saturday, May 21, 2011

Peribahasa Bulan Mei

1. Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita
Maksud : Kita yang berusaha, orang lain yang senang.

2. Ibarat negeri berubah rasam ; ibarat tahun berubah musim
Maksud : Orang yang tidak tetap kedudukannya.

3. Ikan di hulu tuba di hilir
Maksud : Perbuatan yang sia-sia.

4. Ikut hakim memiat daging ; sakit di awak sakitlah orang
Maksud : Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.

5. Intan dikalungkan di leher anjing
Maksud : Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.

6. Berkelahi dengan orang yang tak berambut
Maksud : Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.

7. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.

8. Berseleran bagai getah di lalang
Maksud : Percakapan atau perbicaraan yang tidak keruan.

9. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh
Maksud : Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.

10. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang
Maksud : Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia