1. Ada bukit, ada paya.
Maksud : Ada jahat, ada baik, ada miskin, ada kaya
2. Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
Maksud : Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan jua.
3. Ada kerak, ada nasi.
Maksud : Setiap suatu kejadian, pasti ada bekasnya.
4. Ada jarum hendaklah ada benangnya.
Maksud : Tiap-tiap suatu itu ada pasangannnya.
5. Ada nyawa, ada rezeki.
Maksud : Asal masih hidup, tentu ada rezekinya.
6. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Maksud : Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan
7. Ada batang, cendawan tumbuh.
Maksud : Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
8. Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah/
Maksud : Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.
9. Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Maksud : Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.
10. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.
Maksud : Tidak mementingkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...