Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra,
Salam Malaysia Madani.
📚 Sorotan Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025
Tarikh: 26 Mei – 29 Mei 2025
Lokasi: Perpustakaan, Aras G, Ibu Pejabat JBPM
Sempena sambutan Dekad Membaca Kebangsaan dan menyahut seruan Jom Baca Bersama 10 Minit, pihak Unit Pengurusan Pusat Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menganjurkan satu Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025 yang berlangsung selama empat hari dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat.
📌 Antara pengisian program ialah:
🔸 26 – 29 Mei 2025:
• Peraduan Teka Muka Surat Buku & Teka Berat Buku – Aktiviti santai yang menguji ketepatan peserta dalam membuat anggaran.
🔸 27 Mei 2025:
• Kursus Pengurusan Sistem Perpustakaan (Libarika) – Sesi latihan untuk mempertingkat kemahiran mengurus bahan perpustakaan secara digital.
🔸 28 Mei 2025:
• Jom Baca Bersama 10 Minit – Aktiviti membaca serentak sebagai simbol sokongan kepada budaya membaca.
• Kuiz Atas Talian (Kahoot Games) – Ujian pengetahuan dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan.
• Permainan Bingo & Cabutan Bertuah – Meriah dengan hadiah-hadiah menarik!
🔸 29 Mei 2025:
• Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL / WTC KL) – Memberi pendedahan kepada pelbagai bahan bacaan serta peluang membeli buku secara terus daripada penerbit.
🎞️ Tonton video sorotan program di YouTube:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...