Tuesday, June 26, 2012

Pelanjutan Tempoh Sah Laku Baucar BR1M Sehingga 31 Julai 2012

Sukacita dimaklumkan, YB Menteri Kewangan II telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku baucar BR1M sehingga 31 Julai 2012 (Selasa). Persetujuan ini diputuskan dengan mengambil kira masih ramai individu belum lagi menerima baucar dan memastikan semua penerima BR1M dapat menunaikan baucar dalam tempoh masa tersebut.

Tuntutan baucar BR1M (mulai 16 Jun sehingga 31 Julai 2012) hanya sah dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...