Tuesday, June 26, 2012

Mengatasi sakit belakang


Sakit belakang merupakan masalah yang kerap dialami oleh ramai orang. Terdapat banyak penyakit sakit belakang. Di antaranya :
* Postur atau kedudukan badan yang tidak betul;
* Otot yang tidak kuat dan mudah mendapat tekanan apabila melakukan pergerakan secara berlebihan;
* Terdapat masalah pada tulang belakang seperti rapuh atau 'osteoporosis';
* Bagi wanita, kadang kala disebabkan oleh datang haid;
* Berat badan yang berlebihan;
* Duduk atau berdiri dalam satu posisi terlalu lama;
* Mengangkat barang yang terlalu berat.


LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
Untuk menghindari sakit belakang, anda dinasihatkan supaya :
* Memastikan postur atau kedudukan badan yang betul;
* Elakkan dari berdiri terlalu lama. Apabila berdiri, pastikan belakang anda lurus;
* Duduk dengan bahagian belakang yang lurus. Jika perlu, letakkan bantal kecil di bahagian belakang jika kerusi anda tidak mempunyai tempat sandaran yang elok.

Melibatkan diri dengan bersenam
* Senaman boleh menguatkan otot bahagian belakang. Anda boleh berenang, berbasikal atau berjalan kaki;
* Senaman yang menguatkan otot perut seperti 'sit ups' atau 'crunches' juga boleh membantu menguatkan bahagian belakang anda;
*Selalu lakukan senaman yang ringan yang tidak terlalu menegangkan otot seperti berjalan kaki, berenang dan sebagainya.

Mengelakkan dari melakukan pergerakan yang menyebabkan sakit pada bahagian belakang:
* Jika anda perlu berdiri atau duduk untuk masa yang agak lama, tukar posisi anda sekali sekala;
* Angkat barang dengan cara yang betul. Jangan membongkok apabila hendak mengambil barang dari atas lantai. Sebaik-baiknya, duduk mencangkung dan pastikan belakang awda berkeadaan betul.

Kurangkan rasa sakit pada bahagian belakang dengan:
* Berehat. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada otot yang tercedera untuk sembuh;
* Letakkan tuala yang sederhana panas pada bahagian yang sakit selama 15 ke 30 minit;
* Makanlah ubat seperti 'paracetamol' untuk mengurangkan rasa sakit.

Bilakah awda perlu berjumpa doktor?
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya:
* Sakit belakang yang disebabkan oleh terjatuh atau akibat pukulan pada bahagian belakang anda;
* Sakit belakang yang diikuti dengan lemah otot kaki dan hilang kawalan buang air kecil atau air besar;
* Sakit belakang yang berpanjangan untuk masa yang lama;
* Sakit belakang yang diikuti dengan tanda-tanda lain seperti air kencing berdarah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...