Pada 20 Februari 2024, Unit Pengurusan Pusat Sumber telah menganjurkan Lawatan Pembelajaran Ke Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 24 orang kakitangan dari pelbagai Bahagian / Cawangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menyertai lawatan ini. Pelbagai tempat yang menarik dalam sesi lawatan kami seperti Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Pusat Rujukan Malaysiana Dan Luar Negara dan sebagainya. Tempat-tempat ini juga boleh dikunjungi oleh orang awam. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia @pnmytube kerana menerima lawatan kami. Terima kasih juga diucapkan kepada semua para peserta yang terlibat dalam sesi lawatan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...