TUJUH SIMBOL ASAS MALAYSIA
Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanak-kanak, baginda menyeru semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:-
BANGUNAN PARLIMEN
- Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi berparlimen berdasarkan pilihan rakyat.
MASJID NEGARA
- Menjadi tugu kebebasan beragama kerana semua rakyat dan bangsa menyumbangkan wang bagi pembinaannya, selain wan yang diperuntukkan oleh kerajaan
KOLEJ UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENGAJIAN LAIN
- Melambangkan keyakinan kita terhadap pelajaran dan usaha memberi ilmu kepada rakyat
STADIUM MERDEKA DAN STADIUM NEGARA
- Menjadi simbol tentang kepercayaan kita bahawa otak yang cergas terdapat pada tubuh yang sihat dan simbol bagu usaha mempuk persahabatan melalui sukan
TUGU NEGARA
- Menjadi simbol semangat dan pengorbanan rakyat dalam mempertahankan negara
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
- Menjadi simbol kekayaan warisan dan kedudukan istimewa Bahasa Kebangsaan, yang menjadi bahasa rasmi Malaysia.
MUZIUM NEGARA
- Menjadi simbol utama usaha membina kebudayaan nasional.
Sumber: Buku Coretan Kenangan-Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (terjemahan daripada buku Looking Back tulisan Tunku)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...